Monday, May 13, 2013

Buta tak halang rentas Selat P. Pinang




FAIQ (kiri) melakukan latihan rutin bersama jurulatihnya di Pusat Sukan Air, Tanjung Bungah dekat George Town semalam.


GEORGE TOWN – Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan menanam harapan tinggi apabila bakal mencipta rekod peribadi dengan berenang merentasi Selat Pulau Pinang secara individu pada 19 Mei ini.
Pelajar jurusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM), Faiq Adnan, 23, berkata, cacat penglihatan bukan halangan buatnya menempuh cabaran ombak besar sejauh lima kilometer dari Pelabuhan Pulau Pinang di Jeti Swettenham ke pantai Bagan Ajam, Butterworth.
Dia yang juga seorang atlet paralimpik negeri memberitahu, keputusan untuk melakukan renangan itu bagi membuktikan kesungguhan golongan kurang upaya kepada masyarakat.
“Saya membuat keputusan ini sejak menyertai acara renang berganti- ganti pada Disember 2008 dan melemparkan hasrat tersebut kepada jurulatih, Datuk Ooi Win Juat.
“Sejak itu, dia memberi sokongan penuh kepada saya termasuk latihan fizikal dan mental hingga ke hari ini. Bagi saya, laut adalah lokasi yang sangat mencabar berikutan keadaan ombak besar serta hidupan laut seperti obor-obor,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Kegiatan Air di Tanjung Bungah di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2T7PJ4oTq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment