13 Mei 2013
ISLAMABAD - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif mengumumkan kemenangan parti yang dipimpinnya dalam Pilihan Raya Umum Pakistan Sabtu lalu,
Kemenangan itu membolehkannya membentuk kerajaan sekali gus memegang semula jawatan tersebut buat penggal ketiga.
Sharif, 63, sebelum ini pernah berkhidmat dua kali sebagai Perdana Menteri disebut-sebut menjadi pemenang selepas kiraan undi separa menunjukkan Pakistan Muslim League-N (PML-N) mendahului kiraan undi.
Menurut laporan AP, pada keputusan tidak rasmi itu, PML-N memperoleh 126 kerusi daripada 272 kerusi Parlimen manakala pencabarnya dari Parti Tehrik-e-Insaf yang dipimpin bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan hanya memperoleh 34 kerusi.
Kemenangan beliau disifatkan sebagai kemunculan ‘luar biasa’ untuk seorang pemimpin yang pernah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera dan pernah berada dalam buangan.
Dalam ucapan kemenangan beliau yang disiarkan di Pakistan TV, Sharif menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi negara itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Pakistan Fakharuddin Ebrahim berkata, hampir 60 peratus daripada 86 juta pengundi keluar membuang undi dan jumlah itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak 1977.
Pilihan Raya Umum Pakistan mempertandingkan 272 kerusi Parlimen dan tambahan 70 kerusi dengan pecahan 60 dikhaskan untuk wanita dan 10 untuk bukan beragama Islam.

No comments:
Post a Comment