Sunday, May 19, 2013

Demonstrasi serang gay



Beribu-ribu aktivis Kristian Ortodoks berarak sebelum bertempur dengan kumpulan aktivis gay pada perhimpunan Hari Antarabangsa Menentang Homofobia di Tbilisi, Georgia kelmarin. - REUTERS
TBILISI, Georgia 18 Mei - Kumpulan besar penunjuk perasaan anti-gay meleraikan perhimpunan kumpulan homoseksual di Georgia dan Rusia yang jelas menunjukkan penentangan mendalam terhadap kegiatan songsang itu.
Paderi dan ribuan rakyat Georgia merempuh halangan polis yang melindungi kira-kira 50 peserta perhimpunan Hari Antarabangsa Menentang Homofobia di sebuah dataran di Tbilisi, semalam.
Mereka berarak sambil membawa sepanduk dengan slogan ' Hentikan Propaganda Homoseksual di Georgia' dan tidak di bandar kami' sekali gus memaksa kumpulan kecil aktivis gay melarikan diri ke dalam bas.
Kira-kira 28 orang termasuk anggota polis dan wartawan cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan itu.
Sementara itu, di bandar St. Petersburg di Rusia, satu himpunan agresif yang kebanyakannya disertai lelaki melempar bom asap ke arah halangan polis sambil menghina golongan homoseksual.
Sebuah kumpulan besar penggerak kempen gay turut terpaksa melarikan diri ke dalam bas hanya beberapa minit selepas memulakan perarakan mereka.
''Stalin akan menunjukkan kepada anda dan membuang semua (gay) ini,'' jerit seorang lelaki yang berpakaian samaran ketika para aktivis bergegas melarikan diri.
Sikap benci terhadap golongan gay di Rusia dan negara-negara bekas Soviet banyak dibentuk oleh polisi era-Stalin yang menyaksikan perbuatan liwat boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Kebangkitan Gereja Ortodoks Kristian yang mengatakan homoseksual adalah berdosa juga mempengaruhi tindakan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130519/lu_03/Demonstrasi-serang-gay#ixzz2ThuZsp00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment