Sunday, May 19, 2013

Exco Selangor : Pas dapat 4 tempat, guna formula 4:3:3



Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas), beliau sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan Pas dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dun berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi Dun, DAP (13 kerusi) dan Pas (lapan kerusi) menggunakan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan Pas.

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

"Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Dun Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini, malam tadi.

No comments:

Post a Comment