Sunday, May 19, 2013

Tentera Nigeria gempur kubu kuat pemberontak, 10 militan maut



LAGOS 19 Mei - Seramai 10 pemberontak dibunuh dan 65 lagi ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh tentera Nigeria ke atas kubu kuat militan di timur laut negara ini, semalam.
Seorang jurucakap tentera Nigeria berkata, pihak tentera turut merampas sejumlah senjata termasuk pelancar grenad, pistol dan peluru dalam operasi di sekitar bandar Maiduguri.
Operasi memburu kumpulan pemberontak yang dikaitkan dengan militan Boko Haram dilancarkan selepas Presiden Goodluck Jonathan mengisytiharkan perintah darurat di negeri Borno, Yober dan Adawama pada Selasa lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130519/lu_02/Tentera-Nigeria-gempur-kubu-kuat-pemberontak-10-militan-maut#ixzz2ThYaaEGI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment