Saturday, November 30, 2013

NATO ‘kesal’ kematian budak


Kabul: Tentera NATO diketua Amerika Syarikat di Afghanistan semalam berjanji menyiasat dakwaan serangan udara mereka mengakibatkan kematian budak berusia dua tahun.

Kematian orang awam antara isu paling sensitif dalam campur tangan ketenteraan selama 12 tahun di negara itu.

Dakwaan kematian itu dibuat sendiri Presiden Hamid Karzai.

Hamid berkata, kejadian terbaru itu mampu menggugat perjanjian keselamatan dua hala di antara (BSA) Kabul dengan Washington.

“Presiden mengutuk serangan udara NATO yang mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak manakala dua wanita cedera.

“Serangan ini membuktikan Amerika tidak menghiraukan nyawa rakyat Afghanistan.

“Kami tidak akan menandatangani BSA itu selagi kekejaman seperti ini dilakukan tentera Amerika terhadap rakyat kami,” katanya.

Sementara itu NATO mengesahkan kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Rafiullah terbunuh dalam serangan dron.

Nato juga menyesali kematian orang awam akibat serangan udara di Helmand, Khamis lalu.

NATO berkata, serangan itu menyasarkan pemberontak menaiki motosikal, namun tidak mengesahkan sama ada dron digunakan.

No comments:

Post a Comment