Tuesday, February 19, 2013

Barang Kennedy dilelong 5 dekad selepas mati ditembak



CAMBRIDGE - Jaket kulit bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy, yang dipakai ketika menggunakan pesawat Air Force One, dijual pada harga AS$570,000 (RM1.77 juta) semalam dalam acara lelongan, hampir 50 tahun selepas beliau ditembak mati.

Jaket itu pada mulanya dijangka mampu mencecah harga AS$20,000 (RM62,000) hingga AS$40,000 (RM124,000) atau mungkin lebih.

Jaket itu merupakan ribuan barangan lain yang dilelong termasuk surat, gambar dan buku yang diambil  dari almari peribadinya dan kabinet fail di kediaman David Powers, yang meninggal dunia pada tahun 1998.

Menurut pentaksir lelongan, Dan Meader, barangan peribadi itu dijumpai oleh ahli keluarga bekas presiden itu dan mereka bersedia untuk menjualnya.

Lelongan itu merupakan salah satu kesan peribadi bekas presiden itu yang mencerminkan kuasa dinasti Kennedy dan keluarganya.

Antara yang berharga ialah berpuluh-puluh pucuk surat daripada isterinya, Jackie Kennedy dan buku-buku yang pernah ditulis presiden.

Lelongan bermula pagi semalam dan berlanjutan sehingga  malam.

Barangan lain yang turut dilelong semalam ialah jadual yang disimpan dan didokumenkan secara terperinci menjelang hari kematian presiden itu.

Beliau dibunuh pada 22 November 1963.

Pen yang Kennedy gunakan semasa menandatangani perintah penahanan kerja semasa krisis Cuba juga antara barangan yang dilelong.

No comments:

Post a Comment