Puchong: Hujan lebat berterusan selama kira-kira sejam menyebabkan Jalan TPP 1/10, Taman Perindustrian Puchong, di sini berhampiran pusat beli belah IOI Mall mengalami banjir kilat sehingga beberapa kenderaan yang melalui kawasan terbabit ditenggelami air, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, hujan lebat yang melanda kawasan terbabit menyebabkan paras air naik dengan mendadak sehingga berlaku kesesakan akibat kenderaan terperangkap.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.36 petang dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6 petang dengan operasi menyelamat diketuai Komander Operasi Haswan Wasir bersama lapan anggota.
“Dalam kejadian itu, tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku.
“Hanya beberapa kenderaan yang terperangkap selepas kereta mereka gagal melalui kawasan banjir kilat,” katanya.
Kejadian itu turut menyebabkan pusat beli belah berkenaan terjejas apabila air memasuki tingkat bawah.
No comments:
Post a Comment