Lakhdar Brahimi
Lakhdar Brahimi
KAHERAH - Lakhdar Brahimi semalam mencadangkan rundingan antara pembangkang Syria dan "delegasi boleh diterima" di pihak kerajaan negara itu diadakan bagi menyelesaikan konflik yang sudah berlanjutan hampir dua tahun.

Duta Khas bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab ini berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat di ibu pejabat Liga Arab.

Katanya, perundingan boleh diadakan di premis PBB.

Bagaimanapun beliau tidak memberi lokasi spesifik bagi rundingan yang dimaksudkan.

“Saya percaya jika dialog ini diadakan di PBB, sekurang-kurangnya antara pembangkang dan delegasi boleh diterima oleh kerajaan Syria, mereka mampu mencari jalan keluar bagi mereda konflik,” katanya.

Pembangkang Syria pimpinan Moaz Alkhatib sebelum ini ditawar untuk mengadakan sesi dialog dengan Timbalan Presiden Bashar al- Assad, Farouq al-Shara mengenai peralihan politik.

Dianggarkan kira-kira 70,000 maut sejak berlakunya pemberontakan menentang kepimpinan Presiden, Bashar al-Assad pada Mac 2011.