Sunday, January 19, 2014

BOLEHKAH KITA MEMPRAKTIK DAN MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI?



29. BOLEHKAH KITA MEMPRAKTIK DAN MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI? 

Tidak boleh. Ini adalah kerana sistem politik demokrasi kita ini adalah agama ciptaan manusia yang kafir. Kerajaan demokrasi Malaysia adalah kafir kerana AQIDAHNYA adalah kafir. Mereka yang mengamalkan agama demokrasi yang kafir serta mereka menyetujui dan meredhainya adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt! Kita tidak boleh melakukan IJTIHAD, MASLAHAH dan DHORURAH bagi membolehkan kita untuk mengamalkan sistem politik demokrasi bagi tujuan untuk memperjuangkan Islam kerana :

1. Ianya adalah tergolong ke dalam bahagian AQIDAH yang tidak memberi sebarang ruang kepada kita untuk melakukan IJTIHAD, MASLAHAH dan DHORURAH; 

2. Sudah wujud keputusan yang muktamad serta yang jelas dan terang daripada Allah yang khusus melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi kita ini walaupun dikatakan bagi tujuan untuk memperjuangkan Islam (35:10, 60:4, 4:60). 

Allah melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi :

Firman Allah : Fatir 10

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa. 

Orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan diseksa di akhirat nanti! Ini adalah keputusan yang muktamad, serta yang jelas dan terang daripada Allah yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi walaupun dengan tujuan untuk mendapat kuasa politik bagi membolehkan kita untuk menegakkan sesebuah kerajaan Islam. Amalan agama demokrasi adalah persoalan AQIDAH – mengikut usul Fiqh dalam Islam, tiada DHARURAH, MASLAHAH dan IJTIHAD dalam persoalan Aqidah. Ayat ini (Fatir 10) dan ayat-ayat yang lain (4:60; 60:4) menolak Ijtihad at-Tanzil yang dibuat dan didakwa oleh PAS yang kononnya ianya adalah sesuatu yang membolehkan amalan politik demokrasi.

Firman Allah : al-Mumtahanah 4 

“Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”

Sikap kita terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita yang kafir ini hanyalah dalam bentuk penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadapnya, serta ianya diikuti dengan sikap kebencian dan permusuhan kita terhadapnya yang berkekalan dan berpanjangan sehingga agama demokrasi yang syirik dan kufur dan segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufurannya itu mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total. 

Menolak dan mengingkari, serta membenci dan memusuhi kerajaan demokrasi kita ini adalah Aqidah Islam yang ditetapkan oleh Allah swt. Orang-orang yang melakukannya adalah orang-orang yang beriman dan berpegang teguh kepada kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH, manakala orang-orang yang tidak melakukannya, mereka itu adalah orang-orang yang tidak beriman dan berpegang teguh kepada kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH. Umat Islam kita yang meredhai dan menyetujui akan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini serta mereka mendukong dan mempertahankannya, mereka ini adalah orang-orang kafir kerana mereka beriman dengan kerajaan dan agama manusia yang kafir! 

Firman Allah: an-Nisa 60

Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap Taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Takfir bererti mengisytiharkan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini, takfir bererti tidak mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, takfir bererti mengasing dan memisahkan diri kita daripadanya, takfir bererti menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, takfir bererti tidak berkompromi dengannya dan sentiasa berkonfrantasi, bermusuhan dan membencinya. Takfir adalah syarat keimanan kita kepada kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH, tanpa mempraktik dan mengamalkan konsep takfir ianya bererti kita tidak beriman dengan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. 


30. ALLAH MELARANG KITA DARIPADA MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI:

1. Allah memerintahkan kita supaya mengakui dan mengisytiharkan bahawa demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur – (33:36);

2. Allah memerintahkan supaya kita kufur ingkarkan agama demokrasi (an-Nisa 60);

3. Allah memerintahkan supaya kita memisah dan mengasingkan diri kita daripadanya, kita kufur ingkarkannya, kita memusuhi dan membencinya ( 60:4); 

4. Allah tidak membenarkan kuasa politik diperolehi melalui proses demokrasi (Faatir 10);

5. Rasulullah menolak tawaran menjadi Raja dan menolak sebarang pakatan dan kompromi dalam menyembah Allah saja dan tidak menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya (kafirun1-6);

6. Hukum Fiqh – DHORURAH, IJTIHAD dan MASLAHAH tidak membolehkan amalan sesuatu agama yang KAFIR seperti agama demokrasi atau Hindu;


31. TIDAK ADA IJTIHAD UNTUK MEMBOLEHKAN AMALAN AGAMA YANG KAFIR :

1. Mengikut kaidah Usul Fiqh, tidak wujud IJTIHAD, MASLAHAH dan DHORURAH untuk membolehkan amalan agama-agama yang kafir seperti demokrasi dan Hindu;

2. Sudah wujud ayat-ayat- al-Quran yang jelas dan terang yang melarang kita dpd mengamalkan agama yang kafir – 60:4; 4:60; 35:10;

3. Bolehkah kita menggunakan konsep-konsep Ijtihad, Maslahah dan Dhorurah bagi membolehkan kita untuk mengamalkan agama-agama Komunis, Nasionalis, Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha serta seluruh agama yang lain? 

4. Mengikut Imam Ahmad, dhorurah untuk mengaku sebagai kafir hanya dibenarkan setelah kita dipaksa dan dizalimi dengan cara ditawan, atau dikurung, atau diikat atau dipukul.

No comments:

Post a Comment