MELAKA - Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan model baharu, Proton Suprima S Super Premium yang dilancarkan di Karnival Jualan Proton, di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, varian terbaharu Suprima S Super Premium itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini selain pemanduan yang mantap selain lebih sporty.
Ujarnya, Suprima S Super Premium yang menampilkan hanya transmisi automatik itu dilengkapi dengan rim sports berukuran 17 inci, kit badan R3, skirt sisi serta spoiler.
"Varian terbaharu Suprima S ini ditawarkan pada harga RM87,929.45 dengan dua warna pilihan merah api dan putih solid," katanya selepas melancarkan varian terbaharu itu.
Menurut Lukman, Suprima S memperoleh kuasa daripada enjin 1.6 liter Turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dan dilengkapi dengan enam beg udara serta kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek ABS.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2qmobuPnu
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment