Sunday, January 19, 2014

Pancaroba

Kepercayaan kepada Tuhan dalam Rukun Negara dapat dianalisiskan sebagai mempunyai dua permasalahan yang besar:

1. Tuhan tidak terkhusus kepada Allah sahaja dan dimaksudkan kepada semua Tuhan;

2. Tidak ada penafian dan pengingkaran terhadap Tuhan-Tuhan yang lain, malah Rukun Negara mengiktiraf dan membenarkan kesemua Tuhan selain daripada Allah s.w.t.

Bagi maksud Rukun Negara, Buddha juga Tuhan, Vishnu juga Tuhan, segala patung di kuil-kuil Hindu dan Cina itu juga Tuhan-Tuhan yang layak disembah, kesemua Tuhan itu diiktiraf dan diletakkan sama taraf dengan Allah s.w.t. Rukun Negara yang mengiktiraf dan yang menyama tarafkan kesemua Tuhan adalah kafir. Seseorang yang menyetujuinya serta ia tidak menolak dan mengingkarinya, ia mengalami kerosakan dalam pegangan dan amalannya akan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH yang mengeluarkan dirinya daripada agama Allah.

No comments:

Post a Comment