Penganut Hindu di Agra India penganutnya rajin minum air kencing lembu setiap pagi . Mereka mempercayai bahawa air kencing lembu boleh merawat segala macam penyakit seperti kanser .
Seperti disiarkan Daily Mall , penganut Hindu di Agra telah mempercayai bahawa lembu adalah binatang yang suci . Bahkan setiap pagi penduduk di Agra berkumpul di kandang lembu milik DD Singhal , sami yayasan Gaushala untuk meminta air kencing lembu .
Menurut Singhal , air kencing lembu dapat menyembuhkan segala macam penyakit seperti Kanser , batuk kering , sakit perut , diabetes , bahkan tumor . Selain itu , air kencing lembu juga dapat mencegah keguguran .
Namun , air kencing lembu yang diminum haruslah air kencing dari lembu yang masih perawan . Mengambilnya juga mempunyai peraturan , iaitu sebelum matahari terbit . Oleh kerana itu , setiap penduduk di Agra berkumpul di kandang lembu .
Hal ini telah dibuktikan oleh seorang warga Agra yang bernama Jairam Singhal . Ia mengaku telah meminum air kencing lembu selama 10 tahun . Awalnya ia menderita penyakit kencing manis , lalu ia cuba meminum air kencing lembu secara rutin , dan kini ia merasa sangat baik , dan lebih segar setelah minum air kencing lembu tersebut .
Keberkesanan air kencing lembu ini , sudah sejak lama termaktub didalam kitab suci Wedha . " Di dunia ini hanya ada dua air yang suci , yang pertama air dari sungai suci Gangga , dan kedua air kencing lembu dara .
Kini , Jairam singhal akan menghasilkan produk - produk seperti , ubat gigi , sabun , ubat - ubatan , dan lain - lain dari air kencing lembu
No comments:
Post a Comment