Thursday, January 23, 2014

Dua beradik kongsi paru-paru daripada penderma sama


GAMBAR yang dirakamkan pada 14 Januari lalu menunjukkan Myers-Santana (kiri) dan Williamson di Hospital Methodist Houston, Houston.


HOUSTON - Dua beradik di Amerika Syarikat menjalani pembedahan pemindahan paru-paru yang diperoleh daripada seorang penderma organ yang sama dan dirawat di sebuah hospital sama pada awal bulan ini di sini.
Kedua-dua beradik itu mengalami penyakit idiopati paru-paru.
Irma Myers-Santana, 71, dan adiknya, Anna Williamson, 69, sebelum ini sering berbalah mengenai siapa yang harus menjalani pembedahan pemindahan organ tersebut.
Bagaimanapun pada awal bulan ini, kedua-dua mereka berkongsi bilik bedah yang sama apabila setiap seorang daripada mereka menerima satu paru-paru daripada seorang penderma.
Doktor di Hospital Methodist Houston berkata, para doktor melakukan pemindahan organ buat kali pertama untuk dua orang secara serentak.
"Ia tidak pernah berlaku. Kami sebelum ini pernah melakukan pemindahan organ untuk pasangan adik-beradik tetapi pembedahan untuk mereka dibuat selang beberapa tahun," kata Dr. Scott Scheinin yang mengetuai pembedahan tersebut.
Pasangan tersebut yang tinggal di California menderitai penyakit paru-paru sejak 10 tahun lalu.
Pada kebiasaannya, pesakit memerlukan paru-paru yang baharu.
Menurut Scheinin, penyakit itu juga membunuh lebih ramai orang berbanding penyakit barah payudara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2rB6hZmEz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment