Thursday, January 23, 2014

Ekspatriat Britain minta maaf


Anton Casey
SINGAPURA 22 Jan. - Seorang ekspatriat lelaki Britain yang melabel golongan menaiki pengangkutan awam negara ini sebagai 'orang miskin', meminta maaf hari ini selepas kenyataannya itu mencetuskan kemarahan ramai di Facebook.
Anton Casey, 39, seorang pengurus kewangan dalam permohonan maafnya berkata, dia sangat menghormati penduduk negara ini.
Casey yang berkahwin dengan warganegara republik ini, telah menerima status penduduk tetap Singapura.
Dalam kenyataannya di Facebook, Casey meminta supaya 'bau busuk daripada pengangkutan awam' dijauhkan daripadanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_08/Ekspatriat-Britain-minta-maaf#ixzz2rAYppDv2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment