Wednesday, July 23, 2014

KKM, PDRM ambil sampel DNA waris penumpang MH17



KELIHATAN sebahagian ahli keluarga kepada penumpang MH17 yang terhempas di timur Ukraine menunggu giliran diambil sampel DNA di Hotel Marriot, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada ahli keluarga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Hotel Marriot di sini semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik dan DNA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner T. Nanarana Segaran berkata, setakat ini, sampel darah daripada 29 buah keluarga telah diambil bagi membantu pihak berkuasa melakukan proses pengecaman mayat warganegara Malaysia.
Menurut beliau, selain sampel darah, struktur gigi dan apa sahaja yang berkait rapat dengan badan mangsa-mangsa itu akan dianalisis bagi memudahkan proses pengecaman mayat-mayat mereka yang terkorban.
"Bagi sampel DNA melibatkan waris mangsa di negeri-negeri lain yang tidak datang ke Putrajaya, akan diuruskan Kementerian Kesihatan dan PDRM di negeri-negeri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz38F8jD58X 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment