Wednesday, July 23, 2014

Putin janji siasatan penuh MH17


MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam berjanji akan cuba sedaya upaya memujuk kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine bagi memastikan siasatan penuh nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dapat dijalankan.
Beliau bagaimanapun berkata, usaha tersebut belum mencukupi ekoran sikap degil Kiev meneruskan operasi ketenteraan terhadap kumpulan pemisah itu.
Putin berkata, Barat sepatutnya memainkan peranan untuk memberi tekanan ke atas Ukraine supaya mengisytiharkan gencatan senjata.
"Rusia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan satu siasatan penuh, menyeluruh dan telus (berhubung nahas MH17) dapat dilaksanakan," kata Putin pada mesyuarat majlis keselamatan negara menurut petikan ucapannya yang disiarkan oleh stesen televisyen Rusia.
"Kami diminta menggunakan pengaruh kami terhadap militan Ukraine. Sudah tentu kami akan menggunakan segala kuasa yang kami ada.
"Namun, semua ini belum mencukupi berikutan tindakan tentera Ukraine yang berdegil dan melancarkan serangan baharu," kata Putin.
Menurutnya, pihak berkuasa Ukraine perlu diberi tekanan supaya mengadakan satu gencatan senjata, sekurang-kurangnya untuk tempoh siasatan dijalankan, tambahnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz38F5srDMU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment