Wednesday, July 23, 2014

MH17: Malaysia terima mayat mangsa MH17


KHARKIV (Ukraine) 22 Julai - Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
Kesemua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, pukul 12 tengah hari (waktu tempatan).
Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, petugas media rasmi tidak dibenar memasuki kawasan operasi di mana mayat terbabit akan dikenal pasti dan dipindah daripada kereta api yang dilengkapi bilik penyejuk meskipun menunggu lebih enam jam sejak pukul 6 pagi.
Seorang pegawai kerajaan Kharkiv berkata kesemua mayat itu dibawa ke pangkalan tentera di Amsterdam sebelum dihantar balik ke negara asal. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140722/lu_16/MH17-Malaysia-terima-mayat-mangsa-MH17#ixzz38EzBCkw1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment