McGhaw melihat rumahnya sendiri dalam dokumentari jenayah. |
Maury Travis |
Catrina McGhaw mengetahui hal itu selepas ahli keluarganya meminta dia menonton sebuah dokumentari yang sedang disiarkan di televisyen mengenai kes pembunuhan bersiri itu.
Dia kemudiannya menyedari telah tinggal di rumah sama di mana suspek Maury Travis menggunakan ruang bawah tanah sebagai tempat untuk menyeksa hampir 20 orang mangsa lebih 10 tahun lalu.
Selepas menyaksikan dokumentari tersebut, McGhaw membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu dan apabila menghubungi tuan rumah yang juga disyaki ibu kepada suspek untuk meminta supaya duit sewa dipulangkan, wanita itu tidak mengendahkan permintaannya.
Media ABC News melaporkan, Travis bertindak menggantung dirinya pada tahun 2002 ketika berada di dalam penjara, dipetik dari laporan ABC News.
No comments:
Post a Comment