KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan yang ingin mengenakan denda kepada pemberi dan peminta sedekah sebagai usaha untuk membasmi pengemis dan geledangan di sekitar ibu kota mendapat bantahan dari rakyat.
Tinjauan dalam talian di web Harakahdaily sejak 3 Julai lalu mendapati 93.13 peratus daripada 2067 pengundi tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu.
Dengan soalan 'Adakah anda bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan undang-undang bagi menghukum pemberi dan peminta sedekah?', hanya 6.87 peratus atau 142 orang bersetuju dengan cadangan tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata bahawa pemberi dan peminta sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya membantu pengemis di ibu kota.
Kenyataan beliau itu kemudian turut mendapat kecaman dari beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pimpinan parti politik negara ini.
Mereka menyifatkan, perlu kaedah lain yang lebih baik dalam menangani isu pengemis dan gelandangan ini.
Mereka juga mendakwa, kebanjiran pengemis dan gelandangan di ibu kota mencerminkan kegagalan kerajaan membela golongan yang kurang bernasib baik ini.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula berkata pihaknya akan tetap meneruskan pelaksanaan Ops Qaseh untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sifar gelandangan dan pengemis meskipun tidak mendedahkan tarikh sebenar bermulanya penguatkuasaan tersebut.
Kenyataan beliau bagaimanapun mendapat tentangan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menggesa Putrajaya untuk membatalkan penguatkuasaan Ops Qaseh.
Menurut mereka tindakan KPKWM itu bertentangan dengan polisi kerajaan dan langsung tidak boleh digambarkan sebagai bantuan penyelamat kepada golongan tersebut.
Penguatkuasaan Ops Qaseh yang menahan golongan itu mengikut Akta Orang Papa 1977 tanpa adanya perbicaraan juga dilihat sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini. - HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment