KUALA LUMPUR - Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi emas dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicin dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
Pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berkata, sekiranya elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama sehingga mencecah tiga minggu atau lebih.
"Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama terutamanya jika jasad terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu.
"Membantu penyiasat adalah pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya.
"Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya.
Penerbangan MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika ia terhempas di di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.
Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan.
"Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini tidak sampai tujuh hari namun dalam kes MH17, ia ambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz39ItFktO2
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment