KIROVSKE, Ukraine 2 Ogos - Presiden Barack Obama menyuarakan kebimbangan beliau terhadap pemimpin Rusia ekoran sokongan Moscow yang terus meningkat kepada pemberontak di Ukraine, ketika pasukan antarabangsa mengumpulkan lebih banyak serpihan mayat mangsa pesawat MH17 di tempat pesawat itu ditembak jatuh.
Dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat lalu, Obama juga melahirkan harapannya supaya satu penyelesaian diplomatik dicapai bagi krisis itu (di Ukraine)", kata White House.
Saya rasa kita telah melakukan segala-gala yang termampu untuk menyokong kerajaan Ukraine dan menghalang Rusia daripada terus campur tangan lebih jauh di wilayah Ukraine," kata Obama pada sidang akhbar di Washington. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140802/lu_12/Obama-kecam-Rusia-sokong-pemberontak-Ukraine#ixzz39H84AAR8
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment