Sunday, August 3, 2014

Tembakan artileri ganggu pasukan penyiasat MH17


GRABOVE, Ukraine 3 Ogos - Bunyi tembakan artileri berhampiran lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 memaksa pasukan penyiasat antarabangsa memendekkan tempoh lawatan mereka di kawasan sisa kapal terbang tersebut, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) semalam.
Timbalan Pengarah Pengawasan OSCE, Alexander Hug berkata, mereka dapat mendengar bunyi tembakan tersebut dalam jarak kira-kira dua kilometer dari tempat mereka berada.
Tambahnya, pasukan penyiasat sebelum ini telah bersetuju dengan tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia untuk memasuki perkampungan Petropavlivka dalam operasi mencari sisa nahas pesawat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140803/lu_02/Tembakan-artileri-ganggu-pasukan-penyiasat-MH17#ixzz39H8HDXFR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment