Sunday, August 3, 2014

Serangan pemberontak di Xinjiang ragut 96 nyawa


2014/08/03 - 10:58:29
BEIJING: Serangan ke atas sebuah balai polis dan pejabat kerajaan di wilayah Xinjiang pada akhir Julai lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang awam dan 59 pemberontak terbunuh, lapor media tempatan hari ini.

Menurut agensi berita Xinhua, penyerang yang bersenjatakan pisau dan kapak menyerbu balai polis dan pejabat kerajaan di bandar Elixku dan kemudian menyerang bandar berdekatan di Huangdi pada 28 Julai lalu.


Sekurang-kurangnya 13 orang awam cedera dan 215 penyerang ditangkap.

Laporan awal sebelum ini menyebut hanya berpuluh orang maut dalam serangan itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment