Sunday, August 3, 2014

Muat naik foto ketawa di laman sosial



2014/08/03 -
Beribu-ribu wanita Turki memuat naik gambar mereka sedang ketawa di laman sosial, sejak beberapa hari lalu selepas Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc berkata wanita tidak sepatutnya ketawa dengan kuat di khalayak ramai.

Wanita memuat naik gambar mereka sedang ketawa riang, untuk memberi gambaran mereka membantah apa yang dikatakan oleh Arinc.


Bercakap pada majlis berbuka puasa terakhir menjelang Aidilfitri, di bandar barat laut Bursa, baru-baru ini, Arinc mendakwa rakyat Turki banyak meninggalkan nilai murni dan merayu mereka kembali kepada al-Quran.

Sambil menyifatkan manusia yang ideal bagi beliau adalah lelaki atau perempuan yang terpelihara kehormatannya, Arnic berkata kedua-dua mereka harus mempunyai sifat malu dan kehormatan.

Katanya wanita tidak sepatutnya ketawa dengan kuat di khalayak ramai dan menyeru mereka untuk berhenti bercakap mengenai perkara yang tidak mendatangkan hasil di telefon.

Beliau turut bimbang dengan berleluasanya ‘rasuah moral’ menerusi program TV yang menurutnya mengubah remaja daripada menjadi lambang kesucian kepada penagih seks.

“Kesucian adalah sangat penting,” katanya. “Ia bukan sekadar nama. Ia adalah umpama perhiasan bagi kedua-dua wanita dan lelaki. Wanita akan mempunyai kesucian. Lelaki juga begitu. Dia tidak akan menjadi seorang yang kaki perempuan.

No comments:

Post a Comment