Jakarta: Bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam berkata, menyatakan dia masih belum memutuskan mengenai kereta rasmi yang akan digunakan selepas mengangkat sumpah menjadi ketua kerajaan republik itu tidak lama lagi.
Buat masa sekarang, Jokowi menggunakan Mercedes Benz sedan hitam ketika menjalankan urusan rasmi.
Namun, kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan itu, ada kemungkinan dia menggunakan kenderaan Kijang saja selepas ini.
“Saya akan mengkaji kemungkinan itu. Kini tempoh percubaan dan jika sesuai, saja tidak keberatan menggunakan Kijang sebagai kenderaan bertugas,” katanya.
Kijang adalah antara kenderaan paling banyak digunakan di Indonesia.
Kata Jokowi, dia perlu mengambil kira aspek keselamatan pada kenderaan yang digunakan nanti.
Mengenai kereta Mercedes Benz yang digunakan kini, Jokowi berkata, ia kalis peluru.-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24
No comments:
Post a Comment