Sunday, August 24, 2014

Rakaman ubat rindu


Dia yang ditemui di Hotel Novotel, di sini, semalam berkata, rakaman suara adiknya sepanjang lebih seminit itu perbualan terakhir antara Firdaus dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Schiphol, di sini, ketika pesawat MH17 berlepas ke Malaysia pada 17 Julai lalu. 
Menurutnya, rakaman suara yang turut tersebar melalui laman YouTube itu kerap diulang dengar ibunya saban hari sejak nahas itu berlaku. 

“Suara Firdaus bagaikan menjadi pengubat rindunya. Kemanjaan adik selama ini menyebabkan ibu sukar mempercayai apa yang berlaku. Kerap ibu menangis sedih ketika makan. Dia masih rindukan Firdaus,” katanya sebak.
Foto
MUHAMMAD Faris

Menurutnya, dia dan dua kakaknya mengambil keputusan datang ke Amsterdam bagi mengetahui perkembangan yang berlaku terhadap jenazah adiknya.

“Kami dimaklumkan, jenazah adik tidak dapat dihantar pulang bersama kumpulan 20 jenazah pertama Khamis lalu berikutan perlu melalui bedah siasat. 

“Keadaan mayatnya yang sempurna membolehkan bedah siasat dilakukan pihak forensik bagi mencari bukti dan punca nahas pesawat MH17. Ada kemungkinan jenazah adik saya dibawa pulang ke tanah air bersama dua mangsa lain hari ini (semalam),” katanya. 

Katanya, jenazah adiknya akan dikebumi bersebelahan kubur ayah di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan, Perak. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

No comments:

Post a Comment