Sunday, August 24, 2014

Perwakilan negeri bidas pemimpin PKR

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 3:06 PM
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Kongres Tahunan PKR Ke-10 di sini, hari ini.
 
SHAH ALAM: Seorang perwakilan PKR Pahang hari ini membidas seorang pemimpin parti itu berikutan kegagalan menunjukkan sikap disiplin terhadap anggotanya.

Tanpa menyatakan nama pemimpin itu, jurucakapnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid turut meminta supaya pemimpin berkenaan bermuhasabah diri.

"Jangan minta saja ahli di bawah ini berdisiplin, yang atas juga kena. Kena muhasabah juga," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Kongres Tahunan PKR Ke-10 di sini, sebentar tadi.

Ahmad turut menggariskan tiga masalah yang kini dihadapi parti itu iaitu kemerosotan kewibawaan parti, kelemahan disiplin dan kasih sayang antara ahli, dan krisis keperibadian.

Sementara itu, wakil wanita PKR, Sivamalar Genapathy, ketika membahaskan ucapan sama pula mengakui parti itu masih lagi gagal menarik sokongan pengundi wanita.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Ketua Wanita Pusat PKR menuntut supaya parti melakukan anjakan luar biasa dengan berusaha mengalih pandangan mereka untuk tidak terus menyokong Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment