MANILA 16 Sept. - Lebih 12,000 penduduk yang tinggal berhampiran kaki Gunung Mayon di tengah wilayah Bicol, dipindahkan apabila gunung berapi itu dikhuatiri meletus berdasarkan kewujudan lahar yang dikesan.
Beberapa siri gegaran dan hamburan batu berlaku baru-baru ini, menandakan Mayon boleh meletus pada bila-bila masa.
Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum berkata, pihaknya telah meningkatkan tahap amaran Gunung Mayon daripada peringkat dua kepada tiga.
Jelas beliau, pemindahan itu membabitkan penduduk yang tinggal dalam radius enam hingga lapan kilometer daripada gunung berkenaan. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140917/lu_08/Gunung-Mayon-dikhuatiri-meletus#ixzz3DWPgKRfY
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment