Monday, September 1, 2014

Khidmat kekasih alam maya


Beijing: Laman web e-dagang terkemuka di China menemui cara terbaru untuk mengeksploitasi kesepian seseorang apabila menawarkan khidmat ‘kekasih maya’ kepada pelanggan menerusi telefon bimbit.

Syarikat berkenaan, Taobao menyediakan perkhidmatan berharga 20 hingga 30 yuan (RM10-RM15) dan mengupah beberapa pekerja untuk menghantar mesej dan menelefon pelanggan di waktu pagi, mendengar rungutan, mengucap selamat malam, dan secara umumnya membuat pelanggan merasakan mereka bukan orang paling sunyi di dunia.


‘Kekasih maya’ datang dalam pelbagai personaliti, antaranya ‘perempuan seperti patung’ hingga ke ‘wanita matang.’

Wanita bujang juga boleh memperoleh teman lelaki maya yang memenuhi kehendak mereka termasuk ‘lelaki berpakaian seragam’, ‘ketua pegawai eksekutif’, dan ‘lelaki yang menenangkan.’


Syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu berkata, ia cara berkesan untuk meningkatkan perniagaan mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

No comments:

Post a Comment