Monday, October 27, 2014

Amah kerja di Singapura kurang zat


Singapura: Pembantu rumah warga asing yang mencari rezeki di Singapura dilaporkan tidak mendapat layanan baik dan sering berdepan masalah kekurangan khasiat.
Pertubuhan Kemanusiaan Untuk Ekonomi Migrasi (HOME) berkata, walaupun isu itu sudah berlarutan, dipercayai keadaan tidak menjadi lebih baik.
Pengarah HOME, Valli Pillai berkata, mereka yakin isu itu semakin parah ketika ini.
“Aduan yang kami terima mengenai isu itu meningkat 20 peratus pada tahun lalu berbanding 2012,” katanya.
Ketua Penyelidik Transient Workers Count Too, John Gee berkata, pihaknya sering menerima aduan mengenai pembantu rumah tidak diberi makanan mencukupi.
“Isu itu satu daripada bentuk penderaan, tetapi tidak ketara,” katanya.
Wanita Filipina yang mahu dikenali sebagai Anya berkata, dia mengalami penyusutan berat badan 9 kilogram kepada 47 kilogram selepas dua bulan bekerja di Singapura.
Kata pembantu rumah berusia 29 tahun itu, dia diberi sekeping roti untuk sarapan, sebuku roti atau mi segera untuk makan tengah hari dan nasi dengan sayur untuk makan malam.
Grace Rondon, 28, pula hilang 20 kilogram dalam tempoh enam bulan selepas tiba di Singapura Januari lalu.
“Saya kelaparan dan meminum air untuk mengisi perut,” katanya.-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4335#sthash.9dq6FGI0.dpuf

No comments:

Post a Comment