Kira-kira 80,000 askar dan polis dikerah ke seluruh negara bagi melindungi pusat pengundian dan pengundi.
Koresponden AFP melaporkan pusat pengundian dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) menyaksikan berpuluh-puluh pengundi beratur menunggu giliran untuk mengundi di Marseille Street, di sini.
Sehari sebelum hari pengundian, Perdana Menteri, Mehdi Jooma memberi amaran kemungkinan kumpulan pelampau melancarkan serangan bertujuan mengganggu pilihan raya pertama selepas berlaku kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai Arab Spring sehingga menggulingkan Presiden, Zine El Abidine Ben Ali.
“Kami tahu kumpulan pelampau akan menyerang kerana ia merupakan satu perkara unik di rantau ini.
“Kami tahu kejayaan pilihan raya ini mengancam mereka, bukan sahaja di Tunisia tetapi negara-negara di rantau ini,’’ katanya.
Polis, kelmarin membunuh enam suspek anggota militan termasuk lima orang wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah di pinggir ibu negara ini.
Dalam pada itu, sejumlah parti yang bertanding pada pilihan raya tersebut dipimpin oleh anggota bekas rejim Ben Ali, namun calon-calon mereka cuba mengelak berkempen isu penindasan dan ugutan di bawah bekas Presiden tersebut (Ben Ali).