Manila: Filipina menolak permintaan AS untuk menghantar petugas perubatan ke kawasan dilanda wabak Ebola dengan memberi alasan, meningkatkan pertahanan negara terhadap sebarang penyakit tempatan menjadi keutamaan.
Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona berkata, permohonan itu dibuat AS dan Britain kepada Manila minggu lalu.
Ketika itu, kata Ona, Manila mempertimbangkan cadangan menghantar sejumlah sukarelawan kesihatan bagi membantu negara Afrika Barat yang diancam wabak Ebola.
Ketika itu, Ona dilaporkan berkata, langkah berkenaan adalah “suatu tanggungjawab untuk negara.”
Namun semalam jurucakap Kementerian Kesihatan Filipina, Lyndon Lee Suy berkata, ketika ini Manila menolak kemungkinan menghantar petugas perubatan ke wilayah berkenaan.
“Sebaliknya, kerajaan mempertimbangkan bantuan dalam bentuk lain seperti kewangan,” katanya, semalam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat rayuan kepada dunia supaya lebih banyak bantuan dihantar ke Afrika Barat bagi mengesang penularan wabak Ebola yang setakat ini membunuh lebih 4,000 orang.
Kebanyakan mangsa adalah di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Kata Lee Suy, meningkatkan keupayaan dalaman lebih dipentingkan sebelum sebarang bantuan dihantar,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2562#sthash.IyOOg1Zi.dpuf
No comments:
Post a Comment