BALI –Seorang warga Australia terkejut selepas mendapati satu garisan panjang berwarna merah timbul di atas perutnya ketika bercuti di sini, lapor MailOnline kelmarin.
Kejadian tersebut disedari semasa lelaki itu, Dylan Thomas, 21, berada di Bali menyebabkan dia ke sebuah pusat perubatan antarabangsa untuk mendapatkan rawatan.
Pada mulanya seorang doktor yang memeriksa berkata, garisan itu terjadi mungkin akibat gigitan serangga lalu dia diberikan sejenis ubat sapu.
Namun, selepas beberapa hari, kulitnya semakin melepuh menyebabkan dia terpaksa menemui seorang doktor pakar kulit.
Doktor yang membuat pemeriksaan lanjut kemudian menemui seekor labah-labah kecil di bawah garisan merah berkenaan dan serangga itu dipercayai masuk ke dalam kulit perutnya melalui parut pembedahan apendiksnya.
“Ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa apabila mengetahui terdapat serangga di dalam badan sejak beberapa hari,” katanya.
Labah-labah itu akhirnya berjaya dikeluarkan dan telah dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengenal pasti spesies labah-labah tersebut. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GTaRMAX4
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment