Saturday, October 18, 2014

Jual 300 setem beli rumah

HAIROL menjual pelbagai jenis barangan antik di Taman Kerang.
Oleh Mohd Rafi Mamat 
am@hmetro.com.my

Kuantan: "Saya seperti bermimpi dan tidak percaya apabila menerima tawaran tidak masuk akal. Hanya dengan menjual 300 setem, saya menerima bayaran RM150,000 daripada dua pelancong Singapura.
"Alhamdulillah, wang itu dapat saya gunakan untuk membeli rumah," kata penjual barangan antik, Hairol Budiman Abu Bakar, 43.
Dia yang lebih 25 tahun terbabit dengan perniagaan barangan antik berkata, pengalaman menerima bayaran lumayan hasil jualan setem beberapa negara asing itu ternyata menjadi sejarah tidak mungkin dapat dilupakan dalam hidupnya.
"Beberapa kali saya membelek buku akaun bank untuk melihat baki wang. Untuk meyakinkan diri, saya membuat pengeluaran RM100 menggunakan mesin juruwang automatik (ATM).
"Hanya selepas itu, saya benar-benar yakin bahawa pelancong itu memasukkan wang RM150,000," katanya.
Katanya, apabila pelancong berkenaan menawarkan harga itu, dia tidak berfikir panjang lantas terus bersetuju, tetapi hanya membayangkan akan menerima bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000.
"Pengalaman tiga tahun lalu itu ternyata menambahkan lagi semangat saya untuk terus menjalankan perniagaan menjual barangan antik," katanya yang kini bertugas sebagai warden di Penjara Penor, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:02 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2506#sthash.cpBrHg3B.dpuf

No comments:

Post a Comment