NEW ORLEANS – AMERIKA SYARIKAT. Muzik Jazz membantu mengurang kadar denyutan jantung sekaligus, mengurangkan rasa berdebar berdasarkan kajian yang dibentangkan dalam perjumpaan tahunan Anestesiologi 2014 baru-baru ini.

Menurut Pakar Anestesiologi Pusat Perubatan Penn State S. Hershey, Dr. Flower Austin memberitahu, kebimbangan pesakit untuk menghadapi pembedahan, di tambah dengan rasa takut terhadap anesthesia mewujudkan tekanan emosi dan keresahan kepada kebanyakan pesakit.

"Pakar bius akan menyediakan ubat bius kepada pesakit.

"Namun, terdapat sesetengah ubat bius boleh memberi kesan sampingan yang ketara kepada pesakit," katanya.

Austin menambah, kajian ini bertujuan mengetahui kaedah baru yang lebih efektif dari segi kos untuk diguna pakai bagi merawat pesakit.

Austin dan pasukannya telah membuat pemerhatian terhadap 56 pesakit yang menjalani prosedur histerektomi elektif dengan membahagikan seramai 28 pesakit untuk mendengar muzik Jazz, dan selebihnya memakai fon kepala penebat bunyi  selepas pembedahan.

Bacaan pertama kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tahap kesakitan dan keresahan selepas pembedahan dijadikan garis pengukur sebelum mengambil rekod bacaan selama 30 minit.

Bacaan rekod menunjukkan kadar denyutan jantung pesakit bagi kedua-dua kumpulan menurun dengan ketara.

Bagi pesakit yang mendengar muzik Jazz, kadar denyutan jantung mereka menurun selepas 20 minit berbanding pesakit yang menggunakan fon kepala.

Namun, mereka mencatatkan tahap kesakitan yang lebih rendah selepas 10 minit.