Sunday, November 30, 2014

Kerajaan tetap tidak benarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik - Zahid


AYER KEROH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Beliau berkata, sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai polis atau tentera yang gugur.
"Kalau Chin Peng seorang yang mahu dihormati, bagaimana dengan saudara mara dan anak beranak kepada polis dan tentera yang telah dibunuh oleh pengganas komunis akibat individu itu.
"Saya tidak emosi dalam perkara ini, tapi berapa ramai yang mati berbanding mahu menghormati yang seorang ini (Chin Peng)," katanya pada sidang media selepas perasmian Festival Motosikal Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia (SAM) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi.
Ahmad Zahid mengulas laporan Pengerusi Setiakawan Malaysia Abad ke-21, Lee Huck Tee yang mendesak agar kerajaan membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.
Alasan Tee ialah kerajaan perlu menghormati Perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 bersama PKM dan kerajaan Thailand dengan salah satu syarat perjanjian adalah ahli PKM dibenarkan kembali ke negara ini jika mereka mahu berbuat demikian.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mahu ada pemujaan berlaku jika abu mayat Chin Peng ditempatkan di biara tertentu di negara ini.

Senyum penuh makna Ketua Pembangkang Selangor...


http://shahbudindotcom.blogspot.com | .
Ada beberapa perkara menarik dalam pembentangan Belanjawan NegeriSelangor 2015 yang pertama kali dilakukan oleh Menteri Besar, Azmin Ali, hari ini. Dengan peruntukansebanyak RM2.42 bilion berbanding hasil sebanyak RM1.97 bilion yang dijangka pada tahun depan, ia menyerlahkan hasrat kerajaan negeri untuk tidak berkira dalam berbelanja demi kepentingan rakyat. 
Walaupun dikira belanjawan defisit, tetapi ia juga merupakan yang terbesar sepanjang pemerintahan PR sejak 2008.
 
Buat julung kalinya  juga peranan Ketua Pembangkang di DUN Selangor diiktiraf oleh kerajaan negeri dengan pemberian sebuah kereta rasmi, Toyota Camry beserta pembiayaan petrol dan tol, elaun RM3,000 sebulan, gaji pemandu sebanyak RM1,367 dan RM2,001 lagi untuk bayaran seorang setiausaha kerja.
 
Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Sungai Burung, Shamsuddin Lias kelihatan tersenyum lebar ketika menerima pemberian kereta  dan segala kemudahan itu daripada Azmin sambil disaksikan oleh Speaker, Hannah Yeoh.
 
Sambil menghargai sumbangan dan pengiktirafan itu serta berjanji akan memberi sumbangan yang sebaiknya, Shamsuddin juga tentunya akan lebih bergaya ke Perhimpunan Agung UMNO tahun ini kerana walaupun UMNO dan BN merupakan pembangkang di Selangor tetapi beliau turut juga mendapat nikmat daripadanya.
 
Selain kemudahan untuk Ketua Pembangkang itu, kerajaan negeri pimpinan Azmin juga bermurah hati memperuntukkan RM200 ribu setahun kepada setiap ADUN BN untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing.
 
Peruntukan ini sekaligus menjadikan pengundi di kawasan yang diwakili oleh Adun BN terus menikmati pelbagai kemudahan pembangunan, meskipun hanya menjadi pembangkang.
 
Pembaharuan ini tentunya menaikkan lagi nama Azmin dan PR di mata pengundi Selangor.  Bukan saja di negeri lain, bahkan di peringkat Pusat sekali pun, wakil rakyat pembangkang tidak pernah diberikan peruntukan oleh kerajaan yang memerintah.
 
Dengan sendirinya, walaupun Noh Omar semalam mengatakan beliau terus diberi mandat untuk mengetuai UMNO Selangor oleh Najib Razak di sebalik pelbagai kritikan dan kekecewaan tentang prestasinya, harapan beliau pastinya semakin sukar dengan tindakan terbaru Azmin ini.
 
Pengundi Selangor kini melihat kerajaan PR di Selangor paling terbuka dan memahami erti demokrasi dalam ertikata yang sebenarnya. Kecuali berlaku sesuatu yang diluar dugaan, secara realitinya kerajaan PR di Selangor semakin kukuh dan sukar ditumbangkan.
 
Shamsuddin Lias juga barangkali lebih suka PR terus kekal mentadbir Selangor kerana kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang itu lebih baik bagi dirinya berbanding jika BN yang memenangi pilihanraya. Jika BN yang menang pilihanraya, beliau bukan saja tipis untuk dipilih sebagai Menteri Besar, malah sebagai Exco pun belum tentu lagi.
 
Sebab itu, sengih dan senyumnya cukup lebar ketika menerima kemudahan itu daripada Azmin Ali. (SH 24/11/2014)
 
Semasa BN menang, jangankan nak jadi Menteri Besar, jawatan Exco pun tak merasa...
 

Pengekalan Akta Hasutan demi untuk Najib selamatkan diri


http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | .
Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru.
Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera bangkit meneruskan perjuangan yang kian mencabar ini.
Malah ucapan Muhyiddin turut mendapat pujian banyak pihak yang menyifatkannya sebagai peringatan penuh bertanggungjawab untuk memulih dan mengembalikan kekuatan semula UMNO.
Satu-satu isu yang terus diperkatakan oleh ahli UMNO dan juga orangramai dalam intipati ucapan Najib tahun ini ialah tindakannya mengekalkan Akta Hasutan yang pernah dijanji untuk dihapuskannya sebelum ini. Pujian yang kedengaran juga mengenai ucapan Najib hanyalah mengenai tindakannya mengekalkan Akta Hasutan saja. Tidak terdengar ada pujian lain selain itu.
Walaupun kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat memberi pujian dan sanjungan kepadanya berikutan pengekalan Akta Hasutan itu, tetapi adalah jelas Najib dilabel sebagai pemimpin yang mungkir dengan janjinya sendiri.
Meskipun tidak dinafikan pihak yang berbelah bagi selama ini kembali menyokongnya, tetapi Najib akan terus kehilangan sokongan rakyat biasa yang berpegang kepada janjinya sebelum ini. Kumpulan ini yang kebanyakannya daripada golongan bukan Melayu dan mereka yang tinggal di bandar, dipercayai akan terus menjauhi Najib berikutan tindakan mungkir janjinya itu.
Bahkan mungkin juga mereka tidak mempercayai lagi apa juga janji-janjinya selepas ini.
Dengan ini, Najib sekurang-kurangnya belajar satu perkara iaitu jangan mudah berjanji sesuka hati. Berjanji sesuka hati sebenarnya bukan saja merbahaya ketika memadu kasih atau sedang dilamun asmara tetapi juga dalam dunia politik. Ketika mengemukakan janji dahulu, Najib jelas terbuai dengan keinginan menjadi pemimpin yang liberal dan terbuka tetapi akhirnya terkulai kerana tekanan daripada dalam UMNO sendiri.
Jika dahulu beliau lebih berhati-hati sebelum melontarkan janji, tentulah keadaan tidak menjadi kalut seperti sekarang ini. Barangkali Najib kena menghayati lagu nyanyian Saloma "Apa Guna Berjanji" sebelum melontarkan janji-janjinya di lain kali.
Tetapi sesuatu yang tidak dapat dinafikan daripada tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan ini setelah berjanji untuk memansuhkannya sejak 2012 lagi ialah semata-mata untuk memastikan masa depannya terus kukuh dalam UMNO.
Oleh kerana rata-rata mereka dalam UMNO mahukan akta itu dikekalkan, ditambah dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang tidak berubah serta penarikan balik sokongan oleh Mahathir Mohamad terhadapnya, jika Najib terus mahu memansuhkannya, ia tentu akan menyebabkan kedudukannya lebih mudah digoyang lagi.
Oleh kerana ingin terus mempertahankan kedudukannya, Najib terpaksa mengalah dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya itu. Lebih-lebih lagi timbalannya, Muhyiddin Yassin turut lantang mahukan akta itu dikekalkan.
Kiranya gelombang penolakan ini tidak sekuat sekarang, sudah barang tentu Najib akan terus berpegang kepada janjinya untuk menghapuskan akta tersebut.
Ini juga tidak dapat ditolak ada kaitan dengan kemungkinan UMNO akan mengadakan pemilihannya pada 2016 iaitu sebelum berlangsungnya PRU14 dan tidak lagi menangguhkannya seperti biasa. Kalau pun pemilihan UMNO diadakan selepas pilihanraya umum, Najib tidak mahu sokongan terhadapnya lebih longgar lagi.
Ketika ini, gambarannya ialah Najib lebih rela kehilangan sokongan rakyat biasa yang menganggapnya sebagai seorang yang mungkir janji terlebih dahulu berbanding kehilangan terus sokongan dalam UMNO dan kumpulan kanan dalam masyarakat.
Mungkin selepas meraih semula sokongan dan kekuatan kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat itu, beliau akan memikir cara lain pula untuk mengambil hati golongan yang kecewa dengan janji palsunya itu.
Tetapi, walaupun sudah membuat keputusan mengekalkan Akta Hasutan, Najib juga bakal terus ditekan lagi selepas ini agar mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.
Dengan kejayaan kumpulan kanan mendesak sehingga Najib mengalah dan terus mengekalkan Aka Hasutan, adalah dipercayai gerakan agar dikembalikan ISA dan Ordinan Darurat akan lebih rancak lagi selepas ini. Mereka tidak akan berhenti setakat Akta Hasutan saja.
Adalah dipercayai selepas ini, demi mempertahankan kedudukannya, Najib akan terus berlembut dengan kumpulan kanan yang berada dalam UMNO dan juga dalam masyarakat. Semuanya demi memastikan kedudukannya dalam UMNO dapat diselamatkan terlebih dahulu. (SH 27/11/2014)

Khalid sedia disiasat Selcat isu pampasan RM2.3 juta


BERNAMA | .
PELABUHAN KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya semasa beliau menjadi menteri besar Selangor dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.

Beliau berkata pembayaran berjumlah RM2.3 juta kepada lapan pegawai kontrak MBI dilakukan mengikut skim pemisahan sukarela selepas pertukaran menteri besar.

"Pembayaran dilakukan secara telus dan profesional serta berhemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program 'jamuan rakyat' di sebuah masjid dekat Telok Gong di sini, hari ini.

Pembayaran itu, yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai tidak munasabah, dilakukan pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebagai menteri besar sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih pada 23 Sept.

Dalam hubungan ini, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Pelabuhan Klang berkata beliau sedia disiasat oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung isu pembayaran pampasan, jika perlu. -Bernama

2,000 Paku Dikeluarkan Dari Badan Seorang Wanita


Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 8:52 AM
Dr Sagiran Sukardi.

BANGI: Seorang pakar bedah dari Indonesia menjadikan kes terapi Islam sebagai pelengkap perubatan moden di hospital dengan mengeluarkan paku berkarat dari dalam badan seorang pesakit wanita, kononnya dipercayai menjadi mangsa ilmu sihir.

Dr Sagiran Sukardi menggambarkan bagaimana pemahamannya mengenai amalan perubatan dicabar ketika merawat wanita tersebut.

Dalam kes di Sumatera yang menjadi bualan ramai, lebih 2,000 paku dikeluarkan dari dalam badan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Supiyati.

"Sebagai seorang pakar bedah, saya tidak percaya kesakitan itu berpunca daripada sihir dan jin," katanya dalam forum bertajuk 'Jin dan Sihir' Dalam Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Sagiran dari fakulti perubatan di Universiti Muhammadiyyah Yogjakarta berkata keadaan Supiyati mencabar logik perubatan.
Beliau menunjukkan kepada peserta forum beberapa keping gambar paku dibawah kulitnya dan X-ray kesan luka yang dialami Supiyati.
Kira-kira 75 peratus daripada peserta yang hadir terdiri daripada doktor dan pakar psikiatri manakala selebihnya adalah pakar akademik serta kumpulan penyelidik.
Pesakit itu pertama kalinya dibawa ke bilik kecemasan pada September 2012.

Dr Sagiran berkata, dalam pembedahan pertama, beliau mengeluarkan lebih 70 paku dari bahagian kakinya sebelum merawat luka tersebut.

"Amat memeranjatkan, sehari selepas pembedahan itu saya menjumpai lebih banyak paku dikawasan itu semula. Pada masa sama, saya tidak percaya ia ada kaitan dengan ilmu sihir," katanya.

Namun, beliau berkata selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan guru agama, dia kemudiannya menggunakan terapi Islam untuk merawat pesakit itu.
Menurut Dr Sagiran, dia mula membaca ayat suci Al-Quran ketika sedang membersihkan luka atau semasa gadis itu mengerang kesakitan.
Beliau berkata, selepas rawatan tersebut wanita berkenaan kemudiannya termuntah.
"Anda tidak boleh bayangkan tetapi lebih banyak paku dan rambut terkandung dalam muntahnya," kata Dr Sagiran.
Dr Sagiran berkata bekas suami Supiyati yang menghilangkan diri selepas dia menjalani rawatan tersebut dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan sihir itu.
Katanya, kes itu menggambarkan keperluan terhadap pendekatan secara holistik termasuk rawatan kerohanian dan keagamaan di hospital.

Moderator forum UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin berkata penganjur tidak menentang cara perubatan moden.

"Namun terapi Islam boleh digunakan untuk merawat pesakit yang kesakitannya tidak dapat dikenal pasti," katanya.

Dr Supyan berkata terapi Islam tiada kaitan dengan ilmu hitam atau ilmu sihir yang bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, peserta mungkin akan meluluskan resolusi tersebut menerusi perbincangan dalam forum yang akan bersambung pada Ahad sebelum perkara itu dibawa kepada Kementerian Kesihatan.

Ibu Mangsa MH17 Heret Ukraine Ke Mahkamah Hak Asasi


Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 10:30 AM

BERLIN: Ibu seorang mangsa nahas pesawat MH17 dari Jerman memulakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Ukraine di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dengan mendakwa Kiev gagal menutup ruang udara negara itu.

Wanita itu mengemukakan aduan di mahkamah yang berpangkalan di Strasbourg minggu lalu dengan memfailkan tuntutan saman ke atas kerajaan Ukraine sebanyak 800,000 Euro (AS$1 juta) sebagai ganti rugi kerosakan akibat kecuaian yang disengajakan, demikian lapor akhbar harian Jerman, Bild pada Ahad.

Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777 itu jatuh ditembak di kawasan dikuasai pemisah Ukraine di timur negara itu pada 17 Julai, mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat dengan 193 daripadanya warga Belanda.

Empat daripada penumpang adakah rakyat Jerman.
Kiev dan negara Barat menuduh kumpulan pemisah menembak jatuh pesawat itu menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara yang dibekalkan Rusia namun dinafikan Moscow.

Pihak plaintif kes itu mendakwa Ukraine sepatutnya menutup ruang udaranya daripada pesawat awam apabila tercetusnya pertelingkahan di timur negara itu, lapor akhbar Bild.

Wanita berkenaan mendakwa Ukraine memilih tidak mahu menutup ruang udaranya hanya kerana tidak mahu kehilangan hasil daripada yuran penggunaan penerbangan.

Pada masa itu, kira-kira 700 penerbangan melalui ruang udara Ukrainie setiap hari yang membawa pendapatan beberapa juta euro sebulan, kata Bild.

Wanita berkenaan diwakili peguam Jerman, Elmar Giemulla, seorang profesor dalam undang-undang penerbangan.

Giemulla mengumumkan pada September lalu bahawa beliau akan mewakili tiga keluarga dari Jerman yang menjadi mangsa MH17.

"Dengan mengekalkan ruang angkasa sebagai transit pesawat penerbangan untuk negara lain, negara itu (Ukraine) mesti memastikan keselamatan pesawat terbabit. Namun ia agak mustahil dilakukan dan ini bermakna ruang udara sepatutnya ditutup," katanya.

Guna Akta Hasutan secara berhemah


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mahu Akta Hasutan digunakan secara berhemah dan bukan untuk kepentingan politik semata-mata.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, akta tersebut masih boleh dipertimbangkan jika digunakan untuk menjaga keharmonian masyarakat dan negara.

“Masalah utamanya sejak dahulu, undang-undang itu di salah guna oleh kerajaan untuk kepentingan politik dan menekan pembangkang. Isu yang sama berlaku kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno kelmarin yang mengumumkan Akta Hasutan dikekalkan dan ditambah baik dengan memasukkan peruntukan baharu bagi melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Malah, pembangkang atau mana-mana pihak tidak perlu bimbang sekiranya Akta Hasutan 1948 dikekalkan kerana ia hanya terpakai kepada individu yang cenderung menghasut sahaja.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, Najib telah hilang kewibawaan kerana tidak dapat mengotakan janji sebelum pilihan raya umum dahulu dan disifatkan sebagai tiada kekuatan diri.

40 pasangan nikah serentak

40 pasangan yang dinikahkan semalam hadir ke majlis resepsi pagi ini. FOTO Iskandar Shah Mohamed 
Oleh Iskandar Shah Mohamed
Ampang Jaya: Seramai 40 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Kahwin Perdana peringkat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor 2014 di Masjid Al-Azim, Pandah Indah, Ampang, sebentar tadi.

Semua pasangan berusia 16 hingga 42 tahun sebelum itu berarak dari Sekolah Rendah Agama Pandah Indah diiringi ahli keluarga terdekat dan paluan kompang.

Program yang julung kali dianjurkan bagi peringkat Selangor tahun ini itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Usahawan negeri Amiruddin Shari dengan turut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.

Sebahagian besar daripada pengantin selamat diijabkabulkan di masjid itu malam tadi dan semua mereka dikumpulkam bersama untuk majlis resepsi serta makan beradab hari ini.

Objektif utama program itu bertujuan membantu meringankan beban kos perkahwinan yang mana pasangan pengantin hanya perlu membayar RM1,000 merangkumi semua proses bermula kursus pra perkahwinan, akad nikah dan majlis resepsi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 11:37 AM

40 pasangan yang dinikahkan semalam hadir ke majlis resepsi pagi ini. FOTO Iskandar Shah Mohamed
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12854#sthash.N7D5XqUB.dpuf

Penghasut akan diburu habis-habisan


Reaksi perwakilan ketika mendengar ucapan penangguhan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 201
Reaksi perwakilan ketika mendengar ucapan penangguhan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC, semalam.
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memburu sesiapa sahaja yang menghasut dengan tujuan mencetuskan pergolakan dalam negara sebaik sahaja Akta Hasutan 1948 diperkasakan dengan dua elemen baharu.
Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak kisah jika tindakan tersebut dilabelkan sebagai hardcore mahu pun fundamentalis agama kerana baginya, empat perkara asas Perlembagaan iaitu Perkara 3, 181, 152 dan 153 tidak wajar dipersoal oleh sesiapa.
Walau bagaimanapun, dalam memerangi perbuatan menghasut tersebut, beliau menuntut kerjasama daripada seluruh agensi terlibat, khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Peguam Negara, bukan hanya dibebankan di bahu polis.
"Saya berjanji apabila Akta Hasutan 1948 ini diperkasakan, saya akan mengambil tindakan segera kepada pesalah-pesalah ini tetapi kita perlu kerjasama. SKMM kerjasamalah dengan kita, Jabatan Peguam Negara kerjasamalah dengan kita, jangan hanya bebankan polis.
"Adakah saya dianggap hardcore dan fundamentalis? Saya berada di sini dan diletakkan (ke jawatan) Menteri Dalam Negeri kerana sokongan semua," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Menyentuh isu sama, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Akta Hasutan bukan hanya diperkasakan tetapi perlu dilaksanakan terutama mereka yang cuba membawa keluar Sabah dan Sarawak dari negara ini.
"Saya berharap akta ini bukan hanya diperkasakan malah tindakan perlu diambil kepada mana-mana pihak terutama usaha dari setengah pihak yang cuba hendak membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya.
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menjelaskan, unit Bona Fide Friends of UMNO akan digerakkan bagi membantu kerajaan memperkemaskan usaha menambah baik Akta Hasutan.
Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi Biro Perundangan UMNO memberitahu, gerakan yang bakal dilancarkan bersifat inklusif dengan melibatkan semua segmen di dalam masyarakat.
"Kita tidak ada masa lagi untuk berdiam diri kerana musuh-musuh kita di luar sana sedang menunggu," tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/penghasut-akan-diburu-habis-habisan-1.30816#sthash.CAhO57UI.dpuf

Rayu tamat derita anak

Xianyang (China): Ibu bapa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengidap kanser merayu supaya doktor menamatkan riwayat anak perempuan mereka bagi mengakhiri penderitaannya.
Zhao Zihan, daerah Xunyi di Xianyang didiagnos mengidap kanser mata sejak dua tahun lalu. Walaupun pembedahan membuang sebelah matanya dilakukan, penyakit itu masih merebak mengakibatkan kesihatannya semakin buruk.
Menurut doktor, September lalu, satu ketumbuhan pada mukanya disahkan boleh mengakibatkan maut dan kanak-kanak malang itu terlalu lemah untuk menjalani pembedahan kali kedua.
Ibu bapanya Zhao Lipeng dan Zheng Lili berkata, mereka menghabiskan semua wang simpanan bagi membiayai Zihan dan kini mengambil keputusan untuk menamatkan penderitaan itu.
“Kesakitan dan penderitaan anak kami amat menyayat hati.
“Doktor tidak boleh menyelamatkan nyawanya dan ini menyeksa kami. Kami berharap hospital dapat mengakhiri kesakitannya. Melalui eutanasia dia boleh pergi dengan tenang,” kata Lipeng.
Suntikan eutanasia bagi mematikan pesakit diharamkan di China dan kes ini yang menjadi viral menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan pengguna sosial.
Ada yang bersetuju untuk mengakhiri nyawa kanak-kanak itu bagi menamatkan azab penderitaannya manakala yang lain menyelar perbuatan itu kerana menganggap dia masih tidak mampu membuat keputusan untuk nyawanya sendiri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:04 AM


IBU BAPA kanak-kanak perempuan hidap kanser rayu doktor tamatkan penderitaan anaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12956#sthash.zEzPxjwl.dpuf

Mubarak bebas


Kaherah: Bekas Presiden Hosni Mubarak semalam dibebaskan daripada tuduhan terbabit dengan pembunuhan penunjuk perasaan ketika revolusi pada 2011 yang turut melihat penggulingannya sebagai pemimpin Mesir selepas hampir tiga dekad.
Mahkamah turut membebaskan Hosni, 86, daripada tuduhan rasuah yang dihadapi bersama anak lelakinya Alaa dan Gamal.
Hosni didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup pada 2012 namun keputusan itu diketepikan selepas rayuannya dibenarkan setahun kemudian menyebabkan kesnya dibicarakan semula.
Keputusan semalam seterusnya mengakhiri perbicaraan semula tiga beranak itu bersama ketua keselamatan dan enam pembantu kanan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:23 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13057#sthash.p1SJzkl3.dpuf

Saturday, November 29, 2014

China naikkan cukai penggunaan gasolin, diesel

China
China
BEIJING - CHINA. China menaikkan cukai penggunaan ke atas produk minyak, termasuk gasolin dan diesel, pada Sabtu walaupun harga minyak global jatuh.
Kenaikan itu, kali terakhir pada 2009, bertujuan mengurangkan pencemaran dan merangsang ekonomi hijau, agensi berita Xinhua memetik kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Pentadbiran Percukaian Negeri.
Menurut kenyataan itu, susulan pelarasan tersebut, cukai penggunaan ke atas gasolin akan meningkat kepada 1.12 yuan seliter berbanding 1.0 yuan (US$0.16) manakala diesel akan naik daripada 0.8 yuan kepada 0.94 yuan seliter.
Kejatuhan harga minyak global kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun pada Jumaat adalah susulan keputusan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum untuk mengekalkan pengeluaran.
Liu Shangxi, Pengarah Institut Penyelidikan bagi Sains Fiskal MOF, berkata langkah itu akan menjimatkan sumber minyak dan mengurangkan pencemaran, berikutan ekzos auto merupakan punca utama kepada pencemaran udara.
"Pelarasan cukai produk petroleum merupakan trend global dan menggariskan keperluan segera untuk menggalakkan ekonomi hijau di seluruh dunia," kata Liu yang dipetik oleh Xinhua. 
Menurut agensi berita itu, produk petroleum yang terlibat dalam kenaikan cukai tersebut termasuk nafta, minyak pelincir dan minyak jet, manakala motorsikal kecil, tayar dan etil alkohol dikecualikan daripada cukai tersebut untuk mengurangkan beban kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah. 
Bagaimanapun, harga runcit bahan api akan dikekalkan pada paras semasa, bertentangan dengan jangkaan pasaran bagi pengurangan harga yang kesembilan sejak Julai. 
China melancarkan cukai penggunaan ke atas barangan pengguna dengan kos tenaga dan pencemaran yang tinggi pada 1994 sebagai panduan berhubung pengeluaran dan penggunaan ke arah mesra alam sekitar, serta menggalakkan model pertumbuhan ekonomi yang mampan. - Bernama

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengisahkan Di Masjid Negeri semalam.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengisahkan Di Masjid Negeri semalam.. Al Imam Hassan As Syadzili pernah bermimpi bertemu melihat beberapa orang besar disisi Allah yang tinggi derajatnya, dalam mimpinya tersebut ada Rasulullah, Nabi Musa as dan Imam Al Ghazali.. Di dalam majlis itu, Nabi Musa AS telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ “Ya Rasulullah, Apakah maksud Hadis mu: Ulama-ulama di kalangan umatku setara dengan para Anbiya' dari Bani Israel?”. Maka Rasulullah pun memanggil Al Imam Ghazali dan memperkenalkannya kepada Nabi Musa AS “Ini adalah salah satu ulama kami yang setara para nabi di masa kamu.” Yang dimaksudkan Setara dari segi keilmuanya.

Lalu Nabi Musa AS telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali, “Siapakah nama mu”. Maka Imam Ghazali pun menjawab, “Namaku ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Hamid Al Ghazali.
Nabi Musa A.S berkata “Aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut sehingga nama ayah dan datuk mu sekali”. Imam Al-Ghazali mengatakan pada Nabi ﷺ , untuk meminta izin dari Rasullullah ﷺ untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah atau dirinya diam saja kepada Imam Al Ghazzali sebab nak hormat kepadanya..
Lalu Nabi kata, jawab.. Selepas mendapat keizinan maka Imam Al-Ghazali pun menjawab, “Bukankah Allah telah bertanya kepadamu :

وما تلك بيمينك يا موسىٰ
“Dan apakah itu yang berada di tangan kananmu itu wahai Musa? (Surah Toha:17), Dan Jawab Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkat saya, aku bertekan atasnya( bersandar, berjalan dsb), dan aku memukul dengannya pada daun-daun dan supaya gugur dan menghalau kepada kambing-kambing saya dan lain-lain lagi keperluan saya " (Surah Toha :18) ”

Allah bertanya kepadamu apa ditanganmu, kenapa kamu menjawab sehingga tiga jawapan kamu beri, kenapa tidak menjawab tongkat saja?

Jawab Nabi Musa “Allah itu adalah kekasih ku, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar dengannya lantaran rasa kerana suka, nikmat dan lazat dapat bercakap dengan Tuhan. Maka Imam Al Ghazali pula mengatakan “Begitulah aku, kamu juga adalah kekasih aku, maka aku juga mahu mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu”. #PencintaRasulullah

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap Seri Mentaloon

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR? "Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam. Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.

 "Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan.

 Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.

 "Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.

 "Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR. "Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.

"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei.

Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz. Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.

 "Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya. Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka. "Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat.

Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau. Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini. Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.

Pelakon Seksi Ini Pula Hina Nabi.



Veena Malik, pelakon seksi Pakistan hina Nabi Muhammad SAW

Veena Malik, pelakon seksi dan suaminya, Asad Bashir Khan  telah dihukum oleh Mahkamah Pakistan kerana menghina keluarga Nabi Muhammad SAW dalam suatu acara televisyen.

Kes penghinaan ini berawal dari sebuah acara di Geo TV yang dibintangi oleh Veena dan Asad Bashir Khan. Di acara tersebut Veena mengumumkan sebuah 'pesta pernikahan pura-pura', acara yang berlatarbelakang lagu renungan dibawa oleh sekumpulan pemuzik sufi tentang pernikahan puteri Nabi Muhammad SAW.

Mereka dihukum 26 tahun penjara dan denda wang oleh Mahkamah Pakistan. (IH) 

Cetus isu perkauman, Umno mahu alih perhatian rakyat - Bang Mat

Mat SabuPUCHONG 28 NOV: Isu perkauman yang dimainkan Umno Barisan Nasional bertujuan mengalih perhatian rakyat terhadap ketirisan dalam pentadbiran negara, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

 Beliau merujuk ucapan dasar perwakilan Umno dalam perhimpunan agung parti itu yang sengaja mencetuskan isu perkauman. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Ketua Umno Cabang Baling, Dr Mashitah Ibrahim bebas berucap dalam persidangan itu dengan mempersoal isu-isu membabitkan perkauman dan mempertikai hal-hal berkait isu Melayu.

Menyambung ucapannya pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana malam tadi, Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata, beliau cukup muak dengan permainan Umno mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Mengimbas pengalaman kanak-kanaknya, Mat Sabu berkata, Umno ketika itu memainkan isu perkauman walaupun tanpa kemajuan teknologi seperti sekarang.

Katanya waktu itu, penyebaran unsur perkauman hanya disebarkan melalui surat layang yang diedarkan di sekolah, universiti dan panggung wayang. “Sejak saya kecil, masa saya darjah enam, kami sering dapat surat terbang.

“Dalam surat itu dinyatakan kononnya orang Cina buat rancangan untuk hapuskan hak orang Melayu, hapuskan sistem beraja.

Orang Cina akan perintah Malaya, buang pemimpin Melayu dan Melayu akan jadi Red Indian,” jelas Mat Sabu.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Umno di zaman teknologi ini yang menyalahkan orang Cina.

Katanya, mereka tersepit kerana mahu mendapatkan kuasa dan pengaruh kononnya demi mempertahankan Melayu. “Daripada saya darjah enam sampai sekarang, inilah kerja Umno yang buat saya geram, benci, benci dan benci Umno,” tegasnya.


Tidak mungkin ulama taraf dunia buat fitnah...ini semua komplot CIA nak jatuhkan Islam....

 Mohd Shamsul sekadar menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya tahun lepas.

Tapi kerana berasa tak bersalah, Hj Hadi tidak ambil tak kisah. 

 Mungkin kerana berasa dirinya hebat sebagai seorang presiden sebuah parti Islam, dia sombong dan angkuh lalu enggan minta maaf kepada Shamsul .... Maka tiada pilihan lain bagi Shamsul melainkan mencari menyelesaikan perkara tersebut melalui mahkamah bagi membersihkan namanya yang dicemar. 

Hj Hadi terkejut beruk bila pada 23 Februari lalu Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkannya membayar RM2 juta sebagai ganti rugi kepada Mohd Shamsul untuk saman fitnah yang difailkan pada 5 Disember tahun lepas. 

 Beliau telah menyaman Hj Hadi berhubung kenyataan beliau bahawa terdapat seorang peniaga dadah di kalangan calon-calon pilihan raya umum PKR pada tahun lepas, yang telah digunakan alasan oleh Pas untuk menamakan calon-calon mereka sendiri di tempat yang diperuntukkan kepada PKR menyebabkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Besi.  

 Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa bahawa ucapan Abdul Hadi di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April telah mencemarkan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. 

Sila klik rakaman ucapan Shamsul Sementara kita menunggu hari perbicaraan yang ditangguh pd 7 Dis 2014, iaitu tarikh akhir utk mendengar saksi plaintif dan penggulungan dan keputusan kemungkinan nya, marilah kita imbas semula ucapan fitnah seloka Hj Hadi Awang, ulama Dunia....


Perhimpunan Umno: 'Setakat habiskan karipap saja bang'

KUALA LUMPUR: Aspan Alias menceritakan mengenai seorang perwakilan Umno pada bahawa Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja. Beliau menerusi tulisan dalam blognya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Tulisnya, perwakilan itu menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.

 Tulisan penuh beliau seperti di bawah. Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan.

 Ya, itu sahaja perbezaan diantara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu. Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum perhimpunan agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.

Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?

Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang manambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan. UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita. Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.

Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu. Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”. Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonmi.

1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang dicemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu. Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan seni pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.

 Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka. Jika ada perselisihan faham diantara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyepit mereka. Melebarnya jurang pendapatan diantara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua.

Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma. Tidak diberitahu bagaimanakah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ke tahap USD70 semalam sdedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini buka satu isu kecil.

Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa. Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuiskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpuinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah. Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan UMNO, kerana mereka berada di atas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’. Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas.

Rakyat marhaen boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh menderum nanti. Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita masarah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa di bawah-bawah ini? Yang pentingnya mereka yang berada di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar. Kepada perwakilan UMNO ucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan di jalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Umno cuma kenyangkan kroni, rakyat melarat – Anwar

Anwar PuchongPUCHONG 28 NOV: Umno kini mengamalkan tatakelola pentadbiran yang hanya menguntungkan kroni sebaliknya rakyat menjadi mangsa kerakusan pentadbiran kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
“Lihat sahajalah sekarang, sistem percukaian yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan berterusan. “Kononnya nak bela nasib orang Melayu. Nak bela apa kalau kenyangkan kroni sendiri. Adakah ini yang dikatakan Umno bela nasib Melayu?” soalnya. 

Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana, malam tadi. Anwar berkata, pimpinan pentadbiran Umno gagal memartabatkan hak dan kepentingan Melayu di negara ini. Katanya, jurang ekonomi bangsa Melayu juga semakin terhakis dan akhirnya menggugat kedudukan ekonomi mereka untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain. 

Beliau merujuk kajian yang menunjukkan perbezaan besar jurang ekonomi antara golongan miskin dan kaya. “Dalam kajian Prof Fatimah Kari di UM, kesenjangan ekonomi di negara ini berlaku antara golongan maha kaya dan golongan rakyat termiskin melibatkan Umno, kroni Umno dan rakyat biasa. “Dasar-dasar Ekonomi Baru dan dasar sedia ada sekarang ini memperkayakan golongan kecil Melayu sahaja sementara yang lainnya melarat dengan tanggungan kos sara hidup yang semakin meningkat. “Inilah yang menjadi isu di Malaysia apabila wujud kesenjangan pendapatan golongan kaya dan miskin melebar. Golongan kaya inilah melibatkan Umno dan kroni sementara yang miskin itu siapa kalau bukan rakyat sendiri,” kata Anwar. Sambungnya, beliau turut bimbang dengan nasib bangsa Melayu yang ditekan pemimpin Melayu sendiri berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup, kadar kenaikan kos pengangkutan, pemansuhan subsidi dan lain-lain.


Dakwa Cina bakar Al-Quran, PKR mahu Mukhriz gesa Mashitah mohon maaf


29 November 2014
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman. – Gambar fail The Malaysian Insider,

29 November, 2014. 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu menggesa Datuk Mashitah Ibrahim memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kononnya berlaku insiden membakar Al-Quran di Alor Setar oleh orang Cina, kata pemimpin PKR Gooi Hsiao Leung.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan Mashitah tidak boleh dimaafkan kerana Mukhriz terlebih awal sudah menjelaskan tiada kejadian membakar Al-Quran, sebaliknya kitab suci itu dikoyak oleh seorang Melayu yang kurang siuman.

“Beliau (Mashitah) tidak menghiraukan sekiranya masyarakat Cina tidak membakar Al-Quran – walaupun beliau menuduh mereka berbuat demikian dan menghasut orang Melayu bangkit membela Islam daripada tindakan tersebut.



“Mashitah mesti meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah kerana menyebarkan pembohongan semasa mesyuarat agung tahunan Umno yang masyarakat Cina membakar Al-Quran di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mashitah ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno pada Rabu menggesa ahli parti Melayu itu berdiri menentang mereka yang mencabar Islam dan orang Melayu dengan mendakwa masyarakat Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa upacara sembahyang.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada sebuah portal semalam, kenyataannya itu merujuk kepada apa yang dimaklumkan Ketua Wanita Kuala Kedah Noor Hasita Mat Isa dan bersedia dengan tindakan saman oleh pihak tertentu.

Gooi berkata respon Mashitah kepada portal berkenaan memperlihatkan senator itu tidak berminat untuk mengetahui keadaan sebenarnya – sama ada masyarakat Cina ada atau tidak membakar Al-Quran.

Katanya, jika Mashitah benar-benar percaya versi yang diberitahu oleh Hasita maka pastinya pemimpin Umno itu sudah membuat laporan polis mengenai dakwaan serius membakar Al-Quran.

“Ucapan beliau bertujuan menghasut kebencian kaum dan benci di kalangan orang Melayu terhadap orang Cina Kedah.

“Jelas daripada respons agresif dan berperang Mashitah sejauh ini, beliau sudah tentu tidak akan meminta maaf atas tindakan memalukan beliau.

“Maka, saya menyeru Mukhriz sebagai Ketua Umno Kedah, untuk bertindak bagi pihak masyarakat Cina untuk mendisiplinkan Mashitah dan meminta beliau meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah atas kesalahan yang dilakukan,” katanya. – 29 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dakwa-cina-bakar-al-quran-pkr-mahu-mukhriz-gesa-mashitah-mohon-maaf#sthash.27hY92We.dpuf

'Kaji sekolah persendirian, pondok dan agama'



Wakil Wanita Umno, Senator Datin Rahimah Mohamad menggesa kerajaan mengkaji semula kewujudan sekolah persendirian dan sekolah agama.

Menurutnya, sekolah-sekolah berkenaan dikhuatiri melahirkan golongan pelampau dan perkauman yang bercangghan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

"Pendidkan negara dirangka dengan rangka falasafah pendidikan kebangsaan yang jelas.

"Tetapi kesatuan yang dirangka terhasil dari pendidikan, terganggu dengan kepelbagaian pendidikan iaitu sekolah persendirian, sekolah pondok dan sekolah agama yang membawa falsafah yang berbeza daripada yang diharapkan.

"Kerenggangan dengan Falsafah Pendidikan Nasional ini boleh melahirkan ekstremisme yang tidak kita harapkan," kata bekas guru bahasa Inggeris itu.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong usul agama dan pendidikan yang dibentangkan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dari Kuala Terengganu.

Abdul Hakim sebelum ini mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya untuk mengkaji semula peranan sekolah vernakular.

"Inilah pentingnya penubuhan sebuah suruhanjaya seperti dicadangkan Terengganu (Wan Abdul Hakim).

"Suruhanjaya ini akan bertindak sebagai badan pemantau bagi memastikan sentimen dan polarisasi kaum tidak menjadi agenda.

"Pada masa sama kita menolak ekstremisme dan polarisasi kaum daripada menjadi sistem nilai kita," katanya.

Kerjasama Umno-PAS, kuatkan Melayu-Islam atau takut hilang kuasa?

Umno yang dilihat lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 perlu pertimbang bekerjasama dengan PAS demi orang Melayu dan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Umno yang dilihat lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 perlu pertimbang bekerjasama dengan PAS demi orang Melayu dan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014. 









Umno yang dilihat tenat dan lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mempertimbangkan talian hayat terakhir iaitu menjalin hubungan dengan PAS untuk terus berkuasa dengan menggunakan alasan Melayu dan Islam.

Walaupun kerjasama Umno dan PAS pernah berakhir dengan pemecatan parti Islam itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977, ia diperlukan sekarang bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat (PR) yang semakin memenangi banyak kerusi sejak pilihan raya umum 2008.
Perwakilan Umno yang ditemui semasa perhimpunan agung parti itu berkata, perbincangan mengenai kerjasama dengan parti Islam itu harus dipertimbangkan secara serius.

Kerjasama antara Umno dan PAS diberi nafas baru terutama selepas kemelut penukaran menteri besar Selangor lalu yang menyaksikan konflik hubungan di antara parti dalam PR semakin ketara, sehingga tahaluf siyasi parti Islam itu bersama PKR dan DAP dipersoalkan.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha menyerapkan agenda mereka ke dalam parti Islam itu.
Kebetulan baru-baru ini semasa menyampaikan ucapan dasarnya merasmikan perhimpunan agung sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, Muhyiddin secara terbuka juga berkata, PAS bukan lagi musuh Umno sebaliknya mereka kini berdepan fahaman liberalisme yang songsang.
"Bagi Pemuda Umno, kalau betul susur dan jalannya, ia tidak salah. Dan kita lihat Umno sekarang ini bergantung kepada Melayu," kata Zairul kepada The Malaysian Insider semasa ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
Katanya, parti komponen BN juga dilihat kurang membantu dalam memperkukuhkan sokongan kepada kerajaan.
"Kalau kita lihat parti komponen, sudah dua kali pilihan raya (umum), bukan tidak membantu, tapi mereka belum cukup membantu," kata perwakilan dari Melaka itu.
Perwakilan Pahang, Tengku Abd Rahman Tengku Perang, 48, berkata mereka sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha penyatuan Umno dan PAS.
"Di peringkat bawah, menunggu-nunggu sebenarnya penyatuan orang Melayu. Dan tidak boleh lari daripada penyatuan Umno dan PAS.
"Ini boleh memberikan kekuatan kepada Melayu dan Islam di negara ini. Tinggal lagi, terserah kepada pemimpin Umno dan PAS," kata Tengku Abd Rahman kepada The Malaysian Insider.
Beliau yang juga merupakan setiausaha Umno Bahagian Raub itu berkata, langkah tersebut boleh mengelak daripada hak keistimewaan orang Melayu dipersoalkan.
"Kita di peringkat bawah mengalu-alukan penyatuan ini kerana kita lihat biarlah orang Melayu itu kuat menjadi satu dan tidak dipertikaikan hak keistimewaan Melayu," katanya.
Bagaimanapun, sekiranya kerjasama tersebut direalisasikan, persoalannya ialah, adakah Umno sanggup menerima ideologi PAS yang memperjuangkan negara dan hukum Islam?
"Pemimpin Umno pun bersikap terbuka terhadap hudud. Malah zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) serta (Datuk Seri) Najib (Razak), tidak pernah kata menolak hudud, kerana itu hukum Allah.
"Orang Islam perlu kuat dulu untuk kita laksanakan hukum Allah itu," katanya.
Seorang perwakilan daripada negeri diperintah PAS, Kelantan, Tengku Bahrim Tengku Kamarul Zaman, 52, berkata, kerjasama Umno dan PAS akan menjamin pengukuhan bagi orang Melayu dan Islam.
"Demi perpaduan Melayu dan Islam di Malaysia, perlu wujud perpaduan antara Umno dan PAS, kerana majoriti dalam PAS adalah Melayu-Islam, sama dengan Umno.
"Perpaduan ini penting bagi mengukuhkan umat Islam dan Melayu," kata Tengku Bahrim, yang juga AJK Umno Bahagian Kota Baru.
"Saya amat berharap perpaduan PAS-Umno dapat dilaksanakan,” katanya.
Baru-baru ini, dalam satu temubual dengan Mingguan Malaysia menjelang perhimpunan agung parti itu, Najib tidak menolak kemungkinan parti itu yang akan terlebih dulu menyuarakan tawaran bekerjasama dengan PAS.
Bagaimanapun, presiden Umno itu menegaskan, perkara itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
Katanya, perlu wujud kesedaran yang kerjasama antara parti itu dengan PAS penting dalam usaha mengelak ancaman atas orang Islam dan Melayu menjadi semakin getir. – 29 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerjasama-umno-pas-kuatkan-melayu-islam-atau-takut-hilang-kuasa#sthash.Q9qWFfod.dpuf

'Video semasa ucapan Najib hina mahkamah'



Aktivis politik, Hishamuddin Rais mengemukakan surat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan tayangan video menunjukkan imej beliau semasa perhimpunan agung Umno.

Hishamuddin melalui surat guamannya menyebut, tayangan video berkenaan merupakan tindakan sub judice dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan dirinya mengikut Akta Hasutan masih lagi berlarutan di mahkamah.

Video berkenaan ditayangkan semasa Najib mengumumkanuntuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung Umno, Khamis lalu.

“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalaha menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

“Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan.

“Seperti yang ada sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]

Bukan sebarangan wanita

Oleh Nurul Huda Kosnon

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Biarpun dianggap 'gila' apabila menjadikan ular sebagai teman mainan, tanggapan seperti itu langsung tidak melemahkan semangat tiga wanita untuk terus menguasai teknik menjinakkan haiwan berbisa itu.

Gadis yang bukan sebarangan itu beranggapan apa yang dilakukan berbaloi dan hobi itu dijadikan sebagai terapi untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan terutama selepas bekerja.

Nadzirah Hanis Amir Hasrat, 25, berkata dia sering diejek rakan lain kerana beranggapan hobi bermain dengan ular dan dijadikan tempat meluah perasaan sebagai tidak masuk akal.

"Saya pernah digelar begitu (gila) sebab mencium tedung selar. Tapi, saya tidak peduli. Ini kerana saya tenang apabila dapat membelai dan bermanja dengan reptilia peliharaan saya,” katanya.

Menurutnya, dia memang tidak takut atau geli untuk memegang ular berkenaan selain mendakwa sudah `temannya’ itu sudah serasi dengannya kerana `mengenali’ reptilia itu sejak kecil.

Rakaman aksi Nadzirah bermain tedung selar sepanjang kira-kira 4.8 meter dan seberat sembilan kilogram sebelum itu kongsi oleh rakan HMLive, Slumber Studio di Google+ https://plus.google.com/u/0/communities/116855719367386087691

yang kemudiannya dikongsi pula di laman Facebook Harian Metro.

Rakannya yang juga ibu dua anak, Rosnah Johar, 36, berkata kegilaan memelihara ular dan menjadikannya sebagai teman hidup dianggap perkara pelik oleh keluarga dan jiran.

“Saya mula berjinak dengan reptilia ini sejak setahun lalu. Ia umpama sebati dalam jiwa dan kehidupan saya apatah lagi menjadikannya sebagai tempat meluah perasaan dan teman tidur.

“Saya rasa tenang apabila dapat berbuat demikian. Pada sebelah malam reptilia peliharaan seperti ular sawa akan tidur di sebelah saya dan ia umpama sudah jinak dan kenal tuannya.

“Malah, seorang daripada anak saya juga gemar memelihara ular. Kami membelanjakan hampir RM300 untuk memelihara lebih sembilan ular antaranya sawa batik," katanya.

Teman mereka yang juga kakitangan swasta, Nurul Nabila Shariman, 23, pula menjelaskan orang ramai mungkin tidak sedar ular juga mempunyai perasaan seperti manusia.

"Jika ternampak ular di tepi jalan saya akan menangkapnya dan membawa pulang tetapi bergantung kepada saiznya. Saya tidak ambil pusing jika ada orang mengatakan saya gila,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12755#sthash.PL4jnHSQ.dpuf