Tuesday, November 11, 2014

80.7% penduduk Catalonia undi 'ya'

Kebanyakan tajuk depan akhbar tempatan memaparkan proses pengundian kontroversi yang diadakan di Catalonia. - Foto AFP
Kebanyakan tajuk depan akhbar tempatan memaparkan proses pengundian kontroversi yang diadakan di Catalonia. - Foto AFP 


11 November 2014


BARCELONA - Majoriti penduduk Catalonia mengundi dalam referendum yang diadakan untuk memisahkan wilayah itu daripada Sepanyol walaupun berdepan bantahan daripada kerajaan.

Menurut Press TV, Timbalan Presiden, Joana Ortega memaklumkan keputusan kiraan undi tidak rasmi menunjukkan 80.72 peratus penduduk bersetuju dengan dua soalan yang dikemukakan dalam proses pengundian tidak rasmi tersebut.

"Lebih dua juta mengundi 'ya' untuk menjadikan Catalonia sebuah negara dan menjadi negara bebas," katanya.

Difahamkan, undi tidak terikat tersebut tidak akan membawa kepada pemisahan wilayah itu secara automatik sebaliknya ia hanya memberi kuasa mandat kepada presiden untuk berunding dengan kerajaan berhubung tuntutan itu.

Pada 4 November lalu, pengundian tidak rasmi tersebut turut digantung Mahkamah Perlembagaan Sepanyol selepas kerajaan mendakwa ia tidak sah dari segi Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment