Tuesday, November 11, 2014

Hukum botak enam bulan

Richmond (Virginia): Seorang lelaki yang memotong sehingga 35 sentimeter rambut bekas teman wanitanya semalam diarah membotakkan kepalanya selama enam bulan.
Melvin D Hunt (gambar), 61, bersetuju terhadap hukuman itu dan diarah melakukannya bermula 1 Disember ini.
Peguamnya, Billy Shields berkata, dia bersetuju dengan hukuman itu.
“Ramai orang yang botak di luar sana. Ia persetujuan yang kami capai dan anak guam saya akan mematuhinya,” kata Shields.
Hunt ialah bekas penyelaras pendidikan jasmai Sekolah Chesterfield County.
Dia mengaku bersalah atas tuduhan menyerang bekas teman wanitanya yang tidak dinamakan.
Wanita itu bersetuju menemui Hunt di sekolah tempat dia mengajar.
Hunt meminta wanita itu memeluknya dan ketika dipeluk dia mengeluarkan gunting dan memotong rambut mangsa.
Wanita berkenaan hanya menyedari perbuatan Hunt selepas melihat rambutnya di tanah.
Beberapa guru lain turut memotong rambut mereka sebagai tanda membantah perbuatan Hunt. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:08 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8147#sthash.n7MYWFsj.dpuf

No comments:

Post a Comment