Makkah: Ketua Jabatan Dakwah dan Asas Agama Universiti Umm Al-Qura di bandar suci ini dilantik menjadi pemegang baru kunci Kaabah.
Sheikh Saleh Al-Shaibi dilantik memegang amanah itu berikutan kematian Sheikh Abdulqader Al-Shaibi dua minggu lalu.
“Saya berharap akan dapat memegang amanah ini dengan penuh tanggungjawab,” kata Sheikh Saleh ketika menerima pelantikan berkenaan.
Tanggungjawab memegang kunci pintu Kaabah biasanya diserahkan kepada anggota tertua keluarga kaum Al-Shaibi, tidak semestinya anak lelaki pemegang kunci sebelumnya.
Peraturan itu membolehkan kepercayaan berkenaan dilakukan secara lancar dalam kalangan anggota keluarga terbabit.
Keluarga itu diamanahkan untuk memegang kunci itu sejak zaman Rasulullah (SAW).
Apabila Nabi Muhammad (SAW) menawan Makkah, baginda meminta kunci berkenaan.
Rasulullah (SAW) kemudian menunaikan solat di dalamnya, membersihkannya sebelum menyerahkannya semula kepada Shaibah Al-Awqas, sambil bersabda, kunci itu akan kekal dengan keluarga itu sehingga hari kiamat. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:06 AM
Sheikh Saleh (empat dari kiri) di majlis menerima kelambu baru Kaabah pada musim haji beberapa bulan lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8125#sthash.RyhOniFd.dpuf
No comments:
Post a Comment