YATIMIN ABDULLAH | 26 November 2014 2:46 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/budak-8-tahun-punyai-berat-luar-biasa-1.29355#sthash.FCGIBTwd.dpuf
MUHAMMAD MUKHRIZ MUHAMMAD MARZUKI (tengah) yang mempunyai berat badan 120 kilogram, bahagia bersama keluarganya di Kampung Pohon Gelulor, Chetok, Mas Kelantan.UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
PASIR MAS 25 Nov. – Dalam usia baru mencecah lapan tahun, Muhammad Mukhriz Muhammad Marzuki sepatutnya riang bermain dengan rakan-rakan seusia, namun itu semua tidak dapat dinikmatinya berikutan beratnya kini mencecah 120 kilogram menyebabkan pergerakannya terhad.
Bapa kepada kanak-kanak berke-naan, Muhammad Marzuki Che Haron, 47, berkata, tubuh Muhammad Mukhriz yang besar menyebabkan dia menghadapi masalah untuk bergerak.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan anaknya memerlukan bantuan orang lain setiap kali ingin bangun dari tempat duduk atau tidur.
“Berat badan anak saya mula naik sejak dia berusia empat tahun selepas kerap diserang penyakit sawan. Saya percaya pertambahan berat badan Muhammad Mukhriz berpunca daripada kesan ubat yang diambil ketika merawat penyakitnya.
“Pola pemakanan anak saya sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya, malah dia tidak begitu kerap mengambil makanan ringan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pohon Gelugor, Chetok dekat sini hari ini.
Muhammad Marzuki berkata, sejak menerima rawatan penyakit sawan, berat badan anak lelakinya itu tidak pernah turun sehingga sekarang walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor dan mencuba pelbagai produk untuk menguruskan badannya, namun semua usaha tersebut gagal.
Pesara tentera itu memberitahu, setiap hari dia akan mememani anak keempat daripada lima beradik itu berjalan kaki sejauh satu kilometer bagi membantunya me-nguruskan badan.
“Sebagai bapa saya cukup risau dengan keadaan fizikalnya kerana beratnya ternyata jauh berbeza de-ngan kanak-kanak lain.
“Setiap kali ke sekolah, saya akan bekalkan Mukhriz dengan makanan kerana dia mengambil masa yang lama untuk bergerak ke kantin,” ujarnya.
Muhammad Marzuki berharap ada pihak yang sudi membantu anaknya untuk menguruskan badan bagi membolehkan dia kembali menikmati kehidupan normal se-perti kanak-kanak lain.
No comments:
Post a Comment