Wednesday, November 26, 2014

PAS harap Malaysia tidak jadi 'syurga' dagangan manusia


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa Kementerian Luar Negeri lebih agresif terhadap jenayah yang merentasi sempadan supaya Malaysia tidak menjadi 'syurga' dagangan manusia.
Katanya, kementerian perlu melihat isu itu yang melibatkan pelarian Rohingya khususnya di Thailand yang berada di sempadan negara ini.
"Pelarian Rohingya didagangkan atau diminta wang tebusan sehingga melepasi sempadan negara ini.
"Di Pulau Pinang pelarian ini mencecah 12,000 orang. Mereka berada di negara ini tanpa apa-apa jaminan mereka terdedah kepada penjenayah," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.
Namun beliau yakin kementerian boleh mengatasi jenayah sempadan iti kerana isu berkenaan bukan sekadar dalam negara tetapi ia adalah isu antarabangsa.
Mujahid turut mempersoalkan beberapa konvensyen PBB yang ditandatangni oleh Malaysia khususnya mengaitkan hak asasi manusia, wanita, kanak-kanak dan diskriminasi agama dan kaum.
"Saya kira kita ambil sikap terbuka, apa kriteria dan syarat penerimaan sesuatu perjanjian itu. Tidak semestinya kita terima secara total.
"Saya setuju isu ini agak sensitif. Sejauh mana kementerian mendapat kesesuaian daripada konvesnyen ini," katanya.
Ini penting katanya, ia sebahagian bentuk penyesuaian yang diterima oleh Malaysia daripada konvensyen PBB tanpa menggadai maruah negara ini. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

No comments:

Post a Comment