Wednesday, November 26, 2014

Polis Turki diberi lebih kuasa


Penunjuk perasaan boleh ditahan tanpa sebarang dakwaan jika rang undang-undang diluluskan Parlimen.
Penunjuk perasaan boleh ditahan tanpa sebarang dakwaan jika rang undang-undang diluluskan Parlimen. 
26 November 2014


ANKARA - TURKI . Kerajaan Turki semalam, mengemukakan rang undang-undang kepada Parlimen untuk memberi pasukan polis kuasa menggunakan senjata terhadap penunjuk perasaan sekali gus membuat lebih banyak tangkapan ketika perhimpunan.

Media Hurriyet Daily News melaporkan, rang undang-undang itu akan membolehkan polis menahan penunjuk perasaan yang membahayakan keselamatan diri sendiri atau individu lain, selain akan dibenarkan bertindak balas menggunakan molotov koktel dan mercun.

Jika diluluskan Parlimen, ia akan memberi kuasa kepada pihak berkuasa Turki menahan peserta protes tanpa sebarang dakwaan sehingga 24 jam jika mereka ditangkap semasa demonstrasi haram, dan tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 48 jam jika ditangkap semasa protes ganas.

Selain itu, rang undang-undang yang dicadangkan kepada Parlimen turut memberi tumpuan terhadap beberapa topik lain termasuk memperluaskan kuasa gabenor dan mengubah struktur polis dan pengawal pantai, dipetik dari laporan Press TV.

No comments:

Post a Comment