Bekas isteri kepada seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal itu dalam satu temu bual eksklusif bersama Mail Online berkata, beliau berharap larangan berkenaan akan ditarik balik tidak lama lagi.
Ameerah berkata, beliau menyokong supaya wanita di Arab Saudi diberikan hak yang sama dengan yang dinikmati wanita lain di seluruh dunia.
“Saya tidak percaya larangan itu akan kekal. Ia akan menjadi seperti perintah yang mahukan 20 peratus anggota Parlimen terdiri daripada wanita, satu perkembangan mengejutkan namun berlaku dengan pantas,’’ katanya.
Arab Saudi dilaporkan sedang membincangkan tentang ranca­ngan untuk menarik balik larangan wanita memandu, dan Ameerah berkata, kini hanya masa yang akan menentukan bila larangan itu akan ditarik balik.
“Adalah menjadi tugas dan kewajipan saya untuk menggunakan kuasa dan pengaruh saya bagi mengetengahkan isu-isu sepertu ini dan cuba mencari penyelesai­annya,’’ katanya yang mengaku memandu di kawasan gurun di Arab Saudi selepas wanita dilarang memandu di kawasan bandar.
Ameeerah percaya generasi baharu di Arab Saudi akan membentuk masa depan negara ini, terutamanya apabila ia membabitkan soal hak asasi wanita.