Pendapatan syarikat petroleum negara itu tumbuh kepada RM249.78 bilion bagi tempoh dalam semakan daripada RM232.51 bilion sebelum ini.
Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Datuk George Ratilal berkata, prestasi lebih baik itu disebabkan peningkatan jumlah pengeluaran, kenaikan jumlah jualan gas asli cecair dan kadar tukaran asing yang memihak kepada mereka.
Bagaimanapun, untuk suku ketiga ini keuntungan pracukai Petronas jatuh 12 peratus kepada RM22.8 bilion bersandarkan penurunan pendapatan pada RM80.37 bilion.
"Prestasi lemah terutama disebabkan oleh harga minyak mentah yang rendah," katanya dalam sidang media mengenai prestasi suku ketiga kumpulan, di sini hari ini. - BERNAMA