Pasangan ini berkongsi minat yang sama terhadap Batman hingga melangsungkan perkahwinan bertemakan buku komik.
Ali Butrym dan Ryan Jeziorski yang berasal dari Fort Worth, Texas melangsungkan perkahwinan dengan masing-masing memakai seperti watak Harley Quinn dan Joker serta bergembira sepenuhnya pada hari itu dengan kostum mereka.
Tetamu yang hadir turut memeriahkan majlis dengan memakai kostum, antaranya bapa Ali, Anthony yang mengiringi anak perempuannya ke altar dengan memakai helmet Iron Man.
Bagi menyempurnakan majlis, perkahwinan itu dirasmikan oleh Batman sendiri-atau rakan mereka, Jarod yang memakai kostum Batman.
Majlis penuh warna-warni itu dirakam oleh Irish Eyes Photography termasuk detik gadis bunga yang berpakaian seperti Poison Ivy berjalan dengan pembawa cincin Power Ranger.
Bagi mengabadikan watak adiwira yang menjadi kegemarannya, Ali menunjukkan tatu badannya dalam gambar-logo Batman di bahu dan kelawar terbang di kakinya.
Suami Ali yang bekerja sebagai penganalisis operasi IT turut mempunyai tatu Batman yang dicacah sebelum mereka berkenalan. Mungkin ia sebagai lambang kasih sayang yang akan berkekalan.
"Syukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan sanggup menyertai apa kami lakukan," tulis Ali dalam Reddit, tempat dia menyiarkan gambar perkahwinannya.
"Apabila kami menjadi peminat tegar Batman, mereka tidak terkejut. Malah semua tetamu datang dengan berkostum! Ia menyedarkan saya betapa hebatnya keluarga dan rakan-rakan yang ada," katanya.
Bapa pengantin yang memakai helmet Iron Man bergaya dengan tuksedo merah. Di luar baju hitam yang dipakai, dilekatkan replika magnetik seperti yang dipakai adiwira itu.
Mungkin majlis itu tidak sama seperti siri buku komik sebetulnya, tetapi gabungan Wonder Woman dan Bane menarik perhatian tetamu lain.
Turut memeranjatkan hadirin ialah kemunculan pasangan aneh Wolverine dari filem X-Men, lengkap berkuku panjang berjalan seiringan dengan Bat Woman.
Bukan saja kostum tetamu diilhamkan dari watak buku komik, tetapi ada antara mereka memilih watak permainan video-seorang lelaki yang hadir dengan 'baju overall,' topi merah dan misai seperti Mario Brothers.
Tema unik itu turut digunakan dalam hiasan. Jambangan bunga yang dipegang oleh pengiring pengantin juga dibuat daripada bunga yang digunting dari buku komik.
ALI dan Jeziorski dari Fort Worth, Texas berkongsi minat sama terhadap Batman dan tiada apa lebih sesuai daripada melangsungkan perkahwinan bertemakan buku komik. |
MEMECAHKAN tradisi dengan pembawa bunga berpakaian seperti mini Poison Ivy dan berjalan dengan pembawa cincin Power Ranger. |
âUSAHA berkumpulan ini berjaya apabila semua yang hadir memakai kostum, ia menyedarkan saya betapa hebatnya keluarga dan rakan-rakan yang ada,â kata Ali.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11280#sthash.NNfzPAt2.dpuf
No comments:
Post a Comment