Wednesday, January 14, 2015

4 juta wanita Saudi hidup bujang lima tahun lagi

Riyadh: Jumlah wanita Arab Saudi tidak berkahwin dijangka meningkat empat juta dalam masa lima tahun akan datang, daripada 1.5 juta sekarang.

Angka itu terkandung dalam kajian yang dilakukan Ketua Jabatan Pelajaran Universiti Islam Madinah, Ali Ibrahim Al-Zahrani.
Ia bukan saja jumlah yang besar tetapi juga membimbangkan.
Kos majlis perkahwinan yang tinggi dan wang hantaran yang mahal menyebabkan ramai lelaki Saudi memilih untuk berkahwin dengan wanita warga asing.
Selain itu, ramai wanita Arab Saudi tidak berkahwin kerana kemiskinan dan pengangguran yang berleluasa dalam kalangan penduduk lelaki negara itu.
Ketiadaan kerja dan miskin menyebabkan lelaki muda berfikir banyak kali untuk mendirikan rumah tangga.
Mereka mungkin boleh meminjam untuk melangsungkan perkahwinan, termasuk mendapatkan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan.
Bagaimanapun, yang menjadi kebimbangan ialah selepas berkahwin. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 6:47 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23665#sthash.mEiuEHmJ.dpuf

No comments:

Post a Comment