Wednesday, January 14, 2015

Charlie Hebdo degil

Agensi
Paris: Majalah satira Perancis Charlie Hebdo nampaknya tidak serik dengan pertumpahan darah minggu lalu yang berpunca daripada tindakannya apabila menyiarkan kartun menggambar Nabi Muhammad SAW menitiskan air mata pada muka depan edisi terbarunya.
Edisi terbaru itu yang dijadual dijual hari ini memaparkan lukisan yang menggambarkan Rasulullah SAW berserban putih dan memegang tanda bertulis ‘Je suis Charlie’ (Saya juga Charlie’ di bawah perkataan ‘’Tout est pardonné ‘ (Semua dimaafkan).
Edisi itu adalah yang pertama diterbitkan sejak dua militan menyerang pejabat majalah mingguan itu di Paris pada 7 Januari lalu dan menembak mati 12 orang atas alasan membalas dendam terhadap penerbitan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Untuk menunjukkan keangkuhan mereka lagi, majalah itu mengumumkan ia akan mencetak tiga juta naskkah, berbanding 60,000 seperti yang dilakukan sebelum ini.
Charlie Hebdo dikatakan menjadi simbol antarabangsa mengenai kebebasan bersuara sejak serangan itu dan serangan kedua dua hari kemudian di sebuah pasar raya Yahudi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 6:17 AM


ANGGOTA keluarga seorang polis Perancis yang terbunuh dalam serangan terhadap pejabat Charlie Hebdo menyertai upacara memperingati tiga polis yang maut dalam kejadian itu di Paris, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23645#sthash.v4jCCq0g.dpuf

No comments:

Post a Comment