Wednesday, January 14, 2015

Program TV rakam pengalaman wanita melahirkan anak dalam hutan



SEDUTAN rakaman dari sebuah program realiti televisyen ini menunjukkan seorang pegawai perubatan membantu seorang wanita melahirkan anak di satu kawasan hutan. - Agensi


ALASKA, Amerika Syarikat – Sebuah program realiti televisyen dikritik selepas menawarkan peluang kepada wanita hamil untuk melahirkan anak secara semula jadi di dalam hutan.
Program realiti yang dikenali sebagai Born in the Wild itu diterbitkan bagi memberi peluang kepada wanita untuk merasai pengalaman melahirkan anak di dalam hutan seperti menusia primitif.
Dalam program tersebut, beberapa pegawai perubatan akan membantu wanita itu melahirkan anak mereka sama ada secara terbuka di dalam hutan, gua atau berada di dalam khemah.
Seorang wanita, Audrey Bird, 25, berkata, dia memilih untuk menyertai program tersebut kerana berasa lebih bebas dan mahu dekat dengan alam ketika melahirkan anak ketiganya.
`”Pengalaman melahirkan anak di katil hospital amat teruk dan kakitangan hospital juga melayan saya tanpa rasa hormat,” katanya.
Bagaimanapun, beberapa doktor mengkritik program berkenaan kerana wanita dan bayi yang dilahirkan berdepan dengan risiko jangkitan kuman akibat keadaan persekitaran yang tidak bersih. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3OkP7mMAX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment