Ankara: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Barat mengambil sikap hipokrit berhubung pendirian mereka dalam isu serangan ke atas majalah Charlie Hebdo serta drama tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di Paris.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23659#sthash.cya67573.dpuf
Bercakap bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Recep berkata, ketika Barat mengutuk serangan dan keganasan itu, mereka gagal mengambil pendirian sama terhadap sentimen antimuslim di Eropah.
Recep turut mengecam kehadiran Presiden Israel, Benjamin Netanyahu dalam perarakan mengenang serangan ganas di pejabat majalah satiran biadab itu pada Ahad lalu.
“Bagaimana mungkin seorang lelaki (Netanyahu) yang membunuh 2,500 orang penduduk Gaza boleh melambai-lambai tangan di Paris seolah-olah orang ramai teruja menunggu kehadirannya? Alangkah beraninya dia ke sana?” katanya.
Recep berkata, Netanyahu sepatutnya bertanggungjawab terlebih dulu terhadap kematian kanak-kanak dan wanita di Gaza.
Di bawah Netanyahu, Israel melancarkan dua perang ke atas wilayah Gaza - iaitu pada November 2012 dan Julai hinga Ogos 2014.
Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan, 174 penduduk Palestin maut dalam perang pada 2012, manakala tahun lalu lebih 2,100 orang terbunuh.
Kebanyakan mangsa orang awam.
Kematian di pihak Israel pula ialah 79 orang - bagi kedua-dua perang itu.
Dalam perarakan Ahad lalu, Turki diwakili Perdana Menteri Ahmet Davutoglu.
Kata Recep, banyak masjid di Perancis, Jerman dan Sweden diceroboh oleh pihak yang memusuhi Islam. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 6:44 AM
No comments:
Post a Comment